Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Mac, 2021

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Servis Google Search mungkin dimatikan di Australia, ini sebabnya

Pengguna Australia mungkin berdepan dengan satu situasi apabila servis Google Search tidak terdapat di negara mereka. Itulah yang senario yang digarap oleh Google Australia sekiranya satu undang-undang ini dikuatkuasakan.

Secara asasnya, kerajaan Australia sedang berusaha sejak sekian lama untuk merangka satu undang-undang yang memerlukan pihak Google membayar satu imbuhan kepada outlet media yang berpusat di Australia apabila artikel tulisan mereka dipaparkan kepada pengguna dalam hasil carian Google Search.

Antara hujah yang diketengahkan Australia, adalah tidak adil untuk Google mengeksploitasi hasil kerja media tempatan untuk memenuhkan enjin carian mereka dan pada masa yang sama Google juga mencuri keuntungan syarikat media apabila banyak pengiklan mula menggunakan platform pengiklanan Google berbanding yang disediakan outlet media.

Contoh Google Search menarik maklumat berita daripada outlet luar

Di pihak Google pula, mereka memberitahu yang melihat berita di hasil carian adalah hak pengguna dan pengguna tidak seharusnya dikekang daripada mendapat maklumat berita disebabkan sesuatu pihak meminta bayaran sebelum dimaklumkan tentang berita tersebut.

Menurut pemerhati, sebab utama Google berperang habis-habisan menentang perkara ini adalah sekiranya Australia berjaya, ia bakal dijadikan contoh oleh pasaran lain untuk lakukan perkara yang sama.

[Sumber: Sydney Morning Heralds, The Guardian, The Edge Market]

BACA  Google Lens kini boleh menterjemah gambar tanpa sambungan internet