• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Guna Tiktok dan YouTube untuk PdPr, guru ini mendapat sambutan baik dari pelajar

  • OLEH Fatin Amanina
  • 7:53 pm
  • 27/01/2021
  • Komen
Guna Tiktok dan YouTube untuk PdPr, guru ini mendapat sambutan baik dari pelajar
Share on FacebookShare on Twitter

Kebiasaannya, guru akan menggunakan medium Google Meet, Telegram dan Zoom Meeting untuk melaksanakan sesi pembelajaran bersama pelajar. Tidak dinafikan, tentu ada dalam kalangan pelajar yang jemu dengan cara pembelajaran ini. Apabila belajar dari rumah, pasti ada yang tidak menumpukan perhatian kepada sesi pelajaran dalam talian.

Belajar melalui Tiktok

Oleh itu, seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Lailatul Shahreen, Kangar, Perlis, Norlida Muhd Pisol, menggunakan alternatif yang berbeza untuk sesi Pengajaran dan Pembelajaran di rumah (PdPr).



Guru berusia 37 tahun ini memilih aplikasi Tiktok sebagai salah satu medium untuk mengajar mata pelajaran Sejarah kepada anak muridnya. Sehingga kini, beliau sudah memuat naik lebih daripada 20 video Tiktok yang mempunyai kandungan mata pelajaran Sejarah.

Selain itu, guru yang sudah mempunyai pengalaman 15 tahun dalam dunia pendidikan ini sanggup membelanjakan kira-kira RM2,000 duit poket sendiri bagi membeli peranti, peralatan studio dan menghias tiga studio mini di rumahnya. Perkara tersebut dilakukan bagi memastikan pelajarnya tidak jemu dengan video yang dia kongsikan.



Inisiatif yang dilakukan oleh Norlida dapat menaikkan semangat para pelajar untuk belajar subjek Sejarah dan yang pastinya ia dapat mengelakkan pelajar daripada bosan dengan mata pelajaran tersebut.

@cgidasakura

SEJARAH FOKUS SPM 2020 B5T5: Suruhanjaya Reid dan PTM 1957 #09Educators#sejarahwajibLULUS#CemerlangituPASTI#cikguidacikgutiktoksejarah

♬ original sound – CikguIda@ZINSygSakura – CikguIda@ZINSygSakura

Belajar melalui YouTube

Pelbagai usaha guru untuk memastikan ilmu yang diajar sampai dengan baik kepada pelajar. Seperti yang dilakukan oleh guru Bahasa Inggeris ini, Emily Sharifah Zamrod, beliau mewujudkan saluran YouTube ”English Made Possible with Teacher Em” untuk mencetuskan suasana PdPr yang berbeza kepada pelajarnya.

Apa yang dapat dilihat ialah, guru dari sebuah sekolah menengah di Alor Setar ini memilih font perkataan yang jelas dan pelbagai warna di dalam videonya. Selain itu, beliau turut memasukkan unsur sketsa di dalam videonya. Itu merupakan antara daya tarikan yang boleh menarik perhatian pelajar.

Sehingga kini, salauran YouTube miliknya sudah mempunyai 2.19 ribu pengikut. Beliau juga telah memuat naik lebih daripada 15 video pengajaran Bahasa Inggeris untuk tontonan umum.

Alternatif yang di ambil oleh guru-guru ini sememangnya mengikut trend semasa. Dengan platform seperti Tiktok dan Youtube, ia membolehkan pelajar untuk menonton video tersebut dengan menggunakan data yang sedikit sahaja dibandingkan pembelajaran secara siaran langsung melalui Google Meet dan sebagainya.

[Sumber: Awani]

Tags: TikTokYouTube
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Guna Tiktok dan YouTube untuk PdPr, guru ini mendapat sambutan baik dari pelajar

Guna Tiktok dan YouTube untuk PdPr, guru ini mendapat sambutan baik dari pelajar

27 January 2021
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN