Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Mac, 2021

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Menggerunkan, Facebook jejak anda walaupun berada di luar ekosistem mereka dan ini solusi untuk minimumkannya

Facebook dan semua servis yang diberikan percuma hidup dengan memakan data yang kita suapkan kepada mereka. Jadi, tak mungkin kita dapat lari daripada keadaan ini.

Tapi, tahukah anda yang Facebook menjejak aktiviti Internet kita walaupun kita berada di luar ekosistem mereka? Kami telah laporakan tentang fungsi ini dalam satu artikel dalam tahun 2020.

Melalui fungsi Off-Facebook Activity, Facebook boleh tahu apa yang anda cari Shopee dan Lazada, apa yang anda dengar di Spotify, malahan apa yang anda tonton. Yang saya pelik, servis yang tiada kaitan dengan Facebook seperti Maybank MAE, CIMB, dan BigPay turut dilaporkan berkongsi data dengan Facebook.

Bukan itu saja, saya juga perasan, fungsi Off-Facebook Activity kini boleh “dimatikan”. Kalau nak dibandingkan sebelum ini, Facebook hanya benarkan anda padamkan maklumat Off-Facebook Activity yang telah dikumpul.

Anda boleh cari Off-Facebook Activity di laman setting APP Facebook.

Sungguhpun begitu, anda tak boleh bersorak gembira kerana Facebook tetap mengutip data anda seperti biasa. Bezanya, mereka tidak mengaitkan akaun anda dengan data yang dikumpul sebaliknya data tersebut diberikan nombor ID yang unik dan bila anda matikan fungsi Off-Facebook Activity, ia mengambil masa 48 jam untuk berkuat kuasa sepenuhnya. Hal ini bermakna, Facebook sempat kutip data bernilai 2 hari dari anda.

Saya tidak katakan yang cara ini akan halang Facebook kerana kita tak mungkin dapat lari daripada penagih-penagih data ini. Paling kodi pun, kurangkannya pada paras paling rendah.

Paling penting, anda perlulah dengan sedaya upaya tidak gunakan apa-apa fungsi Log in with Facebook kerana ini adalah gerbang terbesar Facebook untuk menjarah data-data anda.

BACA  Clubhouse dah diharamkan di China