• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tidak mahu berkongsi maklumat peribadi? Boleh buang dengan mudah di Facebook Off Activity

  • OLEH Najib
  • 3:30 pm
  • 29/01/2020
  • Komen
Facebook Disaman Atas Ketakjujuran Dalam Pelaporan Statistik

A big logo created from pictures of Facebook users worldwide is pictured in the company's Data Center, its first outside the US on November 7, 2013 in Lulea, in Swedish Lapland. The company began construction on the facility in October 2011 and went live on June 12, 2013 and are 100% run on hydro power. AFP PHOTO/JONATHAN NACKSTRAND (Photo credit should read JONATHAN NACKSTRAND/AFP/Getty Images)

Share on FacebookShare on Twitter

Facebook telah sekian lama terpalit dengan skandal seperti menjual data peribadi pengguna ke pihak ketiga seperti Cambridge Analytica. Sedikit demi sedikit, platform media sosial yang sangat popular ini mahu membuktikan ketelusan perkhidmatan mereka kepada pengguna dengan memperkenalkan pelbagai inisiatif.

Baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg mengumumkan pengenalan satu tetapan baru di dalam Facebook, di panggil Off-Facebook Activity. Ia boleh mula digunakan oleh semua pengguna Facebook di seluruh dunia.



Off-Facebook Activity membolehkan pengguna mengetahui, pihak mana yang menerima maklumat pengguna di Facebook untuk digunakan dalam pelbagai aktiviti seperti melayari, daftar masuk dan sebagainya. Rumusan maklumat ini boleh dilihat terus di dalam tetapan ini.

Lebih baik lagi, pengguna kini boleh memilih untuk memadam maklumat tersebut agar tidak lagi menerima pengiklanan dari pihak tersebut. Ini merupakan satu lagi langkah dari Facebook untuk menunjukkan mereka telus dalam menyediakan perkhidmatan serta memberi ruang kepada pengguna untuk mengawal maklumat tersebut.



Tetapan baru ini boleh didapati di dalam Facebook menerusi tetapan, Settings —> Your Facebook Information —> Off-Facebook Activity.

Dalam pengumuman yang sama, Facebook juga menyatakan pengguna akan menerima notis di dalam News Feed untuk menyemak semula tetapan privasi. Pengguna akan dibawa ke perkakas Privacy Checkup untuk melihat tetapan privasi sedia ada berkenaan siapa yang dapat melihat maklumat tersebut, pilihan untuk mengaktifkan Two-Factor Security, dan aplikasi apa yang menggunakan login Facebook.

Sebagai pengguna yang bijak, pastikan tetapan maklumat peribadi anda diketatkan tahap keselamatannya. Kalau mahu langkah lebih mudah, tinggalkan Facebook dan pergi bertemu rakan dan keluarga secara bersemuka.

Sumber: The Verge, Facebook

Tags: FacebookFacebook Clear HistoryFacebook Off Activity
Najib

Najib

POPULAR

Facebook Disaman Atas Ketakjujuran Dalam Pelaporan Statistik

Tidak mahu berkongsi maklumat peribadi? Boleh buang dengan mudah di Facebook Off Activity

29 January 2020
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

27 April 2026
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN