• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

OPS Catut 8.0: KPDNHEP pantau peniaga yang naikkan harga peranti, boleh didenda hingga RM100,000

  • OLEH Najib
  • 1:29 pm
  • 29/01/2021
  • Komen
OPS Catut 8.0: KPDNHEP pantau peniaga yang naikkan harga peranti, boleh didenda hingga RM100,000
Share on FacebookShare on Twitter

Musim sekolah 2021 baru bermula tetapi murid-murid masih tidak dibenarkan hadir ke sekolah secara fizikal. Sebaliknya, sesi baru 2021 dimulakan dengan pembelajaran dari rumah di mana ibubapa terpaksa menyediakan sambungan internet dan peranti untuk kegunaan anak-anak.

Bagi memastikan harga produk berkaitan teknologi tidak dinaikkan sewenang-wenangnya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melancarkan Ops Catut 8.0. Ops ini akan memantau harga jualan komputer, komputer riba, tablet, mesin pencetak, telefon bimbit dan alat komunikasi terutama perkakasan internet.



Sumber: KPDNHEP

Ops ini telah dijalankan pada 25-28 Januari 2021 di mana pemeriksaan telah dilakukan terhadap 130 premis yang meliputi 262 barangan kelengkapan elektronik, komputer dan komunikasi. Menurut Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid, 130 Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan (AKHAP) 2011, telah diserahkan kepada peniaga untuk mendapatkan maklumat berhubung harga dan kos belian barangan tersebut bagi suatu tempoh, untuk mengesan sekiranya wujud sebarang elemen pencatutan.

“Peniaga diberikan tempoh dua hari bekerja untuk mengemukakan maklumat dan dokumen yang diperlukan dan sekiranya gagal mematuhi notis tersebut, ia menjadi kesalahan tindakan di bawah Seksyen 21(5) AKHAP 2011. Kementerian mengambil maklum tentang pelajar sekolah yang terpaksa meneruskan pembelajaran secara dalam talian semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan keperluan terhadap perkakasan komputer, mesin cetak dan aksesorinya serta kelengkapan komunikasi,” katanya lagi.



Pemantauan ini akan dilaksanakan selama dua minggu mulai 25 Jan dan peniaga yang dikesan melakukan aktiviti mencatut akan diperiksa di bawah perundangan pencatutan. Mana-mana peniaga yang gagal mematuhi Seksyen 21(5) AKHAP 2011 boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000. KPDNHEP akan sentiasa memantau harga barangan keperluan supaya peniaga tidak menaikkan harga barangan dengan sewenang-wenangnya khususnya ketika negara sedang dilanda pandemik COVID-19.

Beliau berkata pengguna dinasihatkan menyimpan setiap resit pembelian bagi mengelakkan sebarang masalah yang mungkin berlaku pada masa hadapan. Selain itu, pengguna digalakkan membanding harga dan mengetahui ciri-ciri pakej yang hendak dibeli terutama keperluan pembelajaran dalam talian serta tawaran pakej daripada penjual sebelum membuat keputusan membelinya.

Orang ramai yang melihat kenaikan harga barangan, boleh membuat aduan dalam talian menerusi laman web e-aduan KPDNHEP.

[Sumber: Bernama]

Tags: KPDNHEPRosol Wahid
Najib

Najib

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
OPS Catut 8.0: KPDNHEP pantau peniaga yang naikkan harga peranti, boleh didenda hingga RM100,000

OPS Catut 8.0: KPDNHEP pantau peniaga yang naikkan harga peranti, boleh didenda hingga RM100,000

29 January 2021
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER