Kekal bergaya dengan Laptop MSI untuk bekerja dari rumah

(Artikel ini dibawakan oleh MSI)

Norma baharu membuatkan ramai orang perlu bekerja dari rumah. Untuk memastikan tugasan dapat dijalankan dengan lancar di luar pejabat, perkakas yang bersesuaian adalah penting. Untuk itu, MSI menyediakan barisan laptop kerja yang bukan sahaja berkuasa tinggi dan memenuhi semua keperluan kerja, malah hadir dengan rupa dan warna yang sangat menarik.

Pengguna di Malaysia kini boleh mendapatkan barisan laptop kerja MSI dari siri Summit, Prestige dan Modern. Pakar laptop gaming ini membawakan kemahiran mereka dalam rekaan laptop gaming, ke dalam siri laptop kerja yang baharu. Ini menjadikan laptop kerja MSI lebih bergaya dan trendy dari yang lain.

Laptop kerja MSI boleh menjadi salah satu perkakas fesyen dengan penampilan warna yang menarik, dengan pilihan seperti warna kelabu, beige dan biru. Logo baru MSI di luar memberikan rasa profesional pada laptop, ditambah dengan tekstur permukaan seperti pasir untuk rupa unik yang eksklusif.

Salah satu pilihan yang sangat menarik dari barisan laptop kerja terbaru ini adalah MSI Modern 14 Bluestone. Ia memancarkan warna biru angkasa yang sering kelihatan di waktu matahari baru keluar di pagi hari.

Prestasi di laptop ini sangat mengagumkan. Ia dilengkapi CPU terkini Intel “Tiger Lake” Core-i7 generasi ke-11, digandingkan bersama RAM DDR4-3200 sebesar 16GB. Storan dalaman turut berkuasa tinggi, seluas 512GB dari jenis SSD NVMe PCIe Gen3x4 yang sangat pantas.

MSI memasang kuasa grafik berasingan untuk prestasi dipertingkat, menggunakan GPU Nvidia GeForce MX450 yang memiliki 60% prestasi lebih baik dari GeForce MX350, sambil mengekalkan penggunaan tenaga yang sama.

Tetapi prestasi dalaman yang tinggi tidak mencukupi jika sambungan ke luarnya tidak cukup pantas. Untuk itu, sokongan WiFi 6 (802.11ax) diterapkan di dalam MSI Modern 14 yang mampu menghantar data 3x lebih pantas dari WiFi 5 (802.11ac).

BACA  5 benda yang anda perlu cuba bila anda dapat tempahan Samsung Galaxy S21 Ultra

Selain menyediakan dua sambungan USB 3.2 Type-A, MSI modern 14 memiliki sambungan USB-C yang menyokong teknologi terkini USB4, DisplayPort dan juga ThunderBolt 4. Dengan kapasiti penghantaran data yang lebih pantas dan kuasa lebih tinggi, ini menjadikan ia menyokong lebih banyak perkakas luaran seperti monitor 4K, storan luar, malah boleh digunakan untuk mengecas laptop melalui teknologi PD (Power Direct).

Dengan bekerja di rumah, pengguna tidak perlu risau lagi dengan kelancaran kerja kerana MSI Modern 14 menyediakan prestasi dalaman yang tinggi, serta sambungan wayar dan wayarles yang pantas. Malah, rekaan dan warna yang unik dan eksklusif, membuatkan mata tidak jemu memandangnya walau berjam-jam lamanya.

Jika anda berminat mendapatkan laptop MSI Modern 14 Bluestone ini, ia dijual pada harga RM4,499 sahaja dan boleh didapati di Stor Online MSI dan di Lazada.

MSI juga sedang mengadakan promosi Tahun Baru Cina, di mana pelbagai laptop MSI boleh dibeli dengan harga diskaun. Layari laman Facebook MSI dan Stor Online MSI untuk maklumat lanjut.