• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Instagram uji Stories dalam bentuk vertikal, tampil seperti Tiktok

  • OLEH Fatin Amanina
  • 5:44 pm
  • 05/02/2021
  • Komen
Instagram akan ada lebih banyak iklan selepas ini
Share on FacebookShare on Twitter

Tampil seperti aplikasi Tiktok, Instagram kini sedang menguji ciri baharunya yang dipanggil Vertical Instagram Stories. Kebiasannya, Instagram Stories disusun secara melintang dan memerlukan pengguna untuk alihkan stories ke kiri atau ke kanan untuk melihat stories lain. Namun, ia kini diuji berfungsi secara menegak.

Pada awalnya, seorang pengguna Twitter, Alessandro Paluzzi berkongsi penemuan ciri ini yang dilihat sedang dikembangkan oleh Instagram. Dia berkata, Instagram sedang mengusahakan Vertical Instagram Stories itu.



#Instagram is working on Vertical Stories 👀
Swipe up and down to browse stories. pic.twitter.com/LDJje8l137

— Alessandro Paluzzi (@alex193a) February 2, 2021

Namun, sebenarnya ciri tersebut belum disediakan lagi, tetapi dia mengetahui mengenainya dari kod Instagram. Dia juga menambah bahawa ciri ini masih merupakan prototaip dan ia mungkin tidak akan dilepaskan kepada pengguna.

Selepas itu, Instagram mengesahkan bahawa ciri itu sememangnya sedang dalam ujian tetapi belum dikeluarkan kepada umum lagi. Ditegaskan juga bahawa yang dilihat pada perkongsian Twitter itu cumalah prototaip awal sahaja.



Namun, mengapa Instagram menguji perubahan itu? Jika dilihat, ciri stories pada aplikasi lain seperti Facebook, YouTube, Twitter dan WhatsApp semuanya disusun secara melintang. Maka jika perubahan ini dilakukan, bukankah ia bakal mengelirukan pengguna yang sudah terbiasa dengan penggunaan stories dalam keadaan melintang?

[Sumber: TehCrunch]

Tags: instagram
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

8 April 2026
Instagram akan ada lebih banyak iklan selepas ini

Instagram uji Stories dalam bentuk vertikal, tampil seperti Tiktok

5 February 2021
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Cara “palang” IC pada salinan kad pengenalan guna telefon

Cara “palang” IC pada salinan kad pengenalan guna telefon

21 July 2021
Nubia Neo 5 dan Neo 5 GT, telefon gaming dengan butang bahu dan bateri besar 6,210mAh

Nubia Neo 5 dan Neo 5 GT, telefon gaming dengan butang bahu dan bateri besar 6,210mAh

24 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN