Clubhouse, aplikasi ruang sembang guna suara, ini cara daftar dan menggunanya

Clubhouse merupakan sebuah aplikasi ruangan sembang masa nyata (real time) yang memerlukan pengguna berkomunikasi melalui suara sahaja. Sesiapa yang dapat sertai aplikasi ini tentunya dia merupakan seorang yang bertuah kerana aplikasi ini agak eksklusif. Hanya yang di jemput oleh ahli sahaja boleh menyertai Clubhouse.

Cara sertai Clubhouse

Clubhouse menggunakan sistem jemputan untuk pengguna menyertainya. Oleh itu, anda perlu meminta ahli Clubhouse yang sedia ada menghantar jemputan kepada anda. Setiap ahli Clubhouse akan menerima dua kuota jemputan untuk mengajak kenalan lain turut serta dalam aplikasi ini.

Ciri Clubhouse

Ketika mendaftar ke dalam Clubhouse, pengguna pada awalnya perlu memilih minat (interests) yang berkaitan dengan diri dan yang ingin diketahui. Dengan pemilihan ini, Clubhouse akan mencadangkan kumpulan sembang yang bersesuaian dengan minat anda.

1. Tambah kenalan

Pada halaman utama, Clubhouse akan mencadangkan pengguna untuk mengikuti beberapa pengguna lain yang sudah sedia ada di Clubhouse untuk menambah kenalan. Anda boleh tekan pada mana-mana gambar pengguna lain, atau tekan simbol cari dibahagian atas kiri untuk tambah kenalan.

2. Pilihan ikuti ruang sembang

Selain itu, di bahagian bawah pula, dicadangkan beberapa ruang sembang untuk pengguna sertai. Semua yang dicadangkan adalah berkaitan dengan minat yang anda pilih tadi. Di dalam setiap ruangan sembang akan dinyatakan jumlah ahli yang terlibat.

Di setiap ruang sembang juga mempunyai moderator dan pendengar. Moderator akan mengawal siapa yang dibenarkan untuk bercakap. Jika anda mahu bersuara, anda boleh minta kebenaran daripada moderator dengan menekan simbol angkat tangan.

Selain itu, anda juga akan tahu siapa yang sedang bercakap dengan melihat perubahan pada simbol mikrofon yang terdapat dibahagian gambar profil ahli.

Bukan itu sahaja, anda boleh mengundang rakan yang anda ikuti (following) untuk turut serta dalam ruangan itu dengan menekan simbol tambah (+). Seterusnya, disediakan juga plihan leave quietly (keluar senyap) untuk pengguna keluar daripada sesebuah ruangan.

3. Cipta ruang sembang sendiri

Di bahagian bawah halaman utama pula ada pilihan Start a room (mula satu ruang sembang) yang membolehkan anda mencipta ruangan sembang sendiri. Untuk menggunakannya, anda boleh ikut cara di bawah:

  1. Tekan start a room
  2. Tulis topik yang sesuai degan tekan add a topic
  3. Kemudian pilih sama ada ruangan itu dibuka secara umum, kenalan yang ikuti anda atau secara tertutup dengan beberapa kenalan pilihan anda sahaja.

Apabila anda mencipta ruangan sembang sendiri, anda juga mempunyai kebolehan untuk memadam ruangan itu pada bila-bila masa sahaja.

Melalui aplikasi ini, setiap perbualan akan dilakukan secara siaran lansung. Maka, pengguna tidak boleh merakam atau mendengarnya semula. Malah, pengguna juga boleh melompat daripada satu kumpulan ke satu kumpulan lain untuk mendengar perbulan yang sedang dibincangkan.

Sekiranya tidak mahu individu luar masuk ke dalam ruang sembang anda, anda hanya perlu tetapkannya kepada kenalan pilihan sahaja. Ianya merupakan pilihan yang tertutup dan lebih selamat.

Buat masa sekarang, aplikasi Clubhouse hanya disediakan di peranti Apple sahaja. Anda boleh muat turun aplikasi ini untuk merasai pengalaman berborak tanpa ada gangguan visual dan juga mesej.

[Sumber: Engadget]