• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

KFC Zero Chicken Burger – burger tanpa daging berperisa ayam Original Recipe

  • OLEH Najib
  • 12:45 pm
  • 08/02/2021
  • Komen
KFC Zero Chicken Burger – burger tanpa daging berperisa ayam Original Recipe
Share on FacebookShare on Twitter

Anda pasti sudah biasa dengan minuman kosong gula seperti Coke Zero atau Pepsi Black. Tapi pernahkah anda memakan burger berperisa ayam tanpa daging ayam di dalamnya? KFC Malaysia kini memperkenalkan KFC Zero Chicken Burger, burger berasaskan tumbuhan dan tanpa daging yang padat dengan 11 herba dan rempah rahsia Colonel Sanders.

Bagaimanapun, tawaran ini hanyalah untuk masa terhad. Tetapi KFC Malaysia tidak pula memaklumkannya sehingga bila. Jika permintaan tinggi, ia mungkin dilanjutkan untuk masa lebih panjang.



KFC bekerjasama dengan jenama pengganti daging Quorn untuk membekalkan patty halal tanpa daging. Ia merupakan sumber protein alternatif berkualiti tinggi yang kaya protein, kaya serat, rendah lemak tepu, dan tiada kolesterol.

Patty ini disalut sepenuhnya dengan adunan 11 herba dan rempah rahsia KFC dan digoreng sempurna sehingga perang keemasan, kemudian dilimpahi sos Spicy BBQ dan mayonis, kepingan keju yang disusun bersama salad cincang segar, lalu diapit dengan kepingan ban bijan lazat.



Perlu diambil perhatian, walaupun KFC Zero Chicken Burger tidak mempunyai daging ayam, ianya bukanlah produk vegan atau vegetarian kerana ianya disediakan segar menggunakan peralatan memasak yang sama dengan produk KFC lain.

“Beberapa tahun kebelakangan ini, protein tanpa daging telah mendapat perhatian ramai pengguna yang lebih terbuka dengan sumber protein alternatif. Disinilah bermulanya ciptaan konsep ‘Tanpa Ayam’ – burger yang rasa seperti ayam tetapi tiada ayam, namun sememangnya rasa lazat KFC yang memuaskan! Kami amat teruja untuk rakyat Malaysia merasai KFC Zero Chicken Burger ini sendiri untuk mempercayainya!” kata Evelyn Ng, Timbalan Pengurus Besar Pemasaran KFC Malaysia.

KFC Zero Chicken Burger akan mula dijual di Malaysia bermula 9 Februari 2021 untuk waktu terhad dan sementara stok masih ada. Ia dijual secara ala carte atau dengan Kombo Crispier Fries dan minuman, bermula RM12.99 sahaja. Pesanan boleh dibuat atas talian di www.KFC.com.my atau melalui aplikasi mudahalih KFC Malaysia.

Tags: KFCKFC Zero Chicken Burger
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
KFC Zero Chicken Burger – burger tanpa daging berperisa ayam Original Recipe

KFC Zero Chicken Burger – burger tanpa daging berperisa ayam Original Recipe

8 February 2021
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN