• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Clubhouse dah diharamkan di China

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:11 pm
  • 09/02/2021
  • Komen
Clubhouse dah diharamkan di China
Share on FacebookShare on Twitter

Platform sosial media baru, Clubhouse, tiba-tiba jadi sebutan ramai dalam tahun 2021 selepas beberapa tokoh terkemuka dunia dikesan menggunakannya. Kepopularannya tak lama di China sebab ia sudahpun menyertai aplikasi yang diharamkan. Pengguna-pengguna Clubhouse di sana sudahpun melaporkan yang mereka tak lagi boleh menyertai laman sembang dalam APP itu sekitar 8 Februari 2021.

Pengguna China dihidangkan dengan mesej ini.

Melihat pada cara pengoperasian Clubhouse, hanya masa menentukan bilakah APP ini akan dibanteras penggunaannya di China. Apabila anda menyertai Clubhouse, anda boleh menyertai mana-mana “bilik sembang” digital dan mendengar perkongsian dalam bentuk suara daripada individu-individu tertentu.



Berbeza dengan livestream platform lain yang akan simpan satu salinan sesi livestream di server, Clubhouse tidak lakukan sebaliknya orang yang menyertai sesi tersebut saja akan tahu apa yang dikongsikan. Maka, orang yang berada di luar sesi tidak akan mengetahui apakah isi kandungan yang dibincangkan apetah lagi menganalisis apa yang disembangnya dalam bilik tersebut.

Di China, ada pengguna yang dikesan berbincang tentang perkara-perkara sensitif seperti kem petempatan Xinjiang, dan juga hal-hal kemerdekaan Taiwan dan isu-isu Hong Kong.



Walaupun tidak diharamkan, Clubhouse juga diberikan tanggapan negatif oleh sesetengah pengguna. Golongan ini menganggap yang Clubhouse tidak selamat untuk lakukan sembang rawak kerana sesiapa saja boleh bercakap, benar ataupun tidak, dan tiada siapa boleh menapisnya. Tapi, bukankah itu adalah masalah biasa untuk sebuah platform sosial yang ada fungsi livestream?

Sumber: SCMP, Techcrunch

Tags: ChinaClubhouse
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Clubhouse dah diharamkan di China

Clubhouse dah diharamkan di China

9 February 2021
Xiaomi lancarkan tiga peranti boleh pakai baharu di Malaysia, harga dari RM199

Xiaomi lancarkan tiga peranti boleh pakai baharu di Malaysia, harga dari RM199

27 November 2026
MySiren: Ujian amaran kecemasan seluruh negara berlangsung pada 29 November

MySiren: Ujian amaran kecemasan seluruh negara berlangsung pada 29 November

23 November 2026
Honor Pad X9b Max: Tablet 13″ diiktiraf IMAX Enhanced, bateri 10,100mAh pada RM1,499

Honor Pad X9b Max: Tablet 13″ diiktiraf IMAX Enhanced, bateri 10,100mAh pada RM1,499

25 November 2026
CIMB Islamic perkenal Zakat365 Lite dan Faraid360 untuk urusan zakat dan harta pusaka

CIMB Islamic perkenal Zakat365 Lite dan Faraid360 untuk urusan zakat dan harta pusaka

25 November 2026
iQoo 16 dan iQoo 16s bakal dilancar di Malaysia pada 8 Disember, tempahan kini dibuka

iQoo 16 dan iQoo 16s bakal dilancar di Malaysia pada 8 Disember, tempahan kini dibuka

26 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN