• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kalau anda guna APP Barcode Scanner ini, sila nyahpasang kerana ia ada malware

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:42 am
  • 10/02/2021
  • Komen
Kalau anda guna APP Barcode Scanner ini, sila nyahpasang kerana ia ada malware
Share on FacebookShare on Twitter

Di Google Play Store, ada satu APP, namanya Barcode Scanner yang dibangunkan syarikat bernama Lavabird Ltd.. Sewaktu artikel ini ditulis APP itu telahpun dikeluarkan atas sebab-sebab keselamatan. Masalahnya, sebelum dikeluarkan, ia sudahpun dimuat turun lebih 10 juta kali dan anda mungkin salah seorang daripadanya.

Kalau APP ini ada dalam telefon anda, saya sarankan untuk anda nyahpasangnya sekarang sebelum teruskan membaca.



Asalnya, APP Barcode Scanner ini adalah APP yang berikan keupayaan mengimbas kod QR kepada telefon anda. Bunyi macam tidak berbahaya. Namun, kemas kini terbaru APP tersebut telah menyuntik malware masuk kedalamnya.

Seperti yang dilaporkan pihak Malwarebytes, apabila dipasang ia akan mengebom anda dengan pelbagai iklan dan lebih parah, memperdayakan anda untuk pasang APP lain kononya untuk membersihkan telefon, padahal benda yang dipancingnya untuk anda pasang, pun mengandungi malware.



Malwarebytes juga melaporkan yang pembangunnya menyuntik kod malware dan dikesan cuba menyembunyikannya daripada dikesan oleh sistem pengimbas Google Protect. Ia menunjukkan yang pembangun APP itu miliki niat yang tidak baik.

Sumber: Malwarebytes

Tags: keselamatanmalwaremalwarebytesmalwarebytes lab
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Kalau anda guna APP Barcode Scanner ini, sila nyahpasang kerana ia ada malware

Kalau anda guna APP Barcode Scanner ini, sila nyahpasang kerana ia ada malware

10 February 2021
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

24 September 2026
Nothing Phone (3) turun harga sehingga RM500 di Malaysia, kini bermula RM2,599

Nothing Phone (3) turun harga sehingga RM500 di Malaysia, kini bermula RM2,599

28 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN