• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Microsoft Word kemaskini mod gelap, tampil lebih malap dan menyenangkan

  • OLEH Fatin Amanina
  • 10:34 am
  • 16/02/2021
  • Komen
Microsoft Word kemaskini mod gelap, tampil lebih malap dan menyenangkan
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum ini Google menguji mod gelap di komputer, kini perisian Microsoft Word pula tampil mengemaskini mod gelapnya menjadikan ia lebih gelap.

Dahulu, ciri mod gelap pada Word hanya mengubah ribbon iaitu pilihan di bahagian atas seperti file, home, insert, draw, design dan toolbars menjadi gelap. Tetapi untuk kanvas tempat pengguna menulis, kekal bewarna cerah.



Namun, apabila kemaskini baharu ini diaktifkan, seluruh dokumen dalam kanvas akan bertukar gelap. Oleh itu, setiap perkataan akan bertukar warna putih. Dapat dilihat juga ada imej dibahagian atas bertukar menjadi warna biru.

Menariknya, pada kemaskini ini, pengguna boleh memilih untuk menukarkan kanvas kepada warna gelap atau cerah dengan klik kepada pilihan switch modes. Oleh itu, pengguna bebas memilih mod gelap bagaimana yang ingin diaktifkan.



Selain itu, menurut pengurus program Word, Ali Forelli, dalam kemaskini ini, warna seperti merah, biru, kuning dan sebagainya akan diubah kepada warna lain bagi menghasilkan kesan yang yang lebih menyenangkan dengan latar belakang gelap.

Kemas kini ini sudah tersedia untuk penguji beta Windows, tetapi ia akan dilancarkan dengan lebih meluas dalam beberapa bulan yang akan datang. Pengguna yang mahu hayat bateri komputer bertahan lama, bolehlah mencuba pembaharuan ini apabila ia ada nanti.

[Sumber: Cnet, TheVerge]

Tags: Microsoft 365
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Microsoft Word kemaskini mod gelap, tampil lebih malap dan menyenangkan

Microsoft Word kemaskini mod gelap, tampil lebih malap dan menyenangkan

16 February 2021
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN