• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Garmin Enduro dilancarkan, tapi hanya ada satu sebab kenapa anda harus belinya berbanding Fenix

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:22 pm
  • 17/02/2021
  • Komen
Garmin Enduro dilancarkan, tapi hanya ada satu sebab kenapa anda harus belinya berbanding Fenix
Share on FacebookShare on Twitter

Garmin lancarkan satu siri baru yang dinamakan Enduro. Harganya boleh tahan tinggi iaitu bermula USD800 (RM3,230). Sebagai perbandingan, Fenix 6 Solar boleh didapati di Malaysia bermula RM3,950. Kalau dibandingkan ciri-ciri yang terkandung antara Enduro dan Fenix 6, model yang dilancarkan telebih daulu miliki fungsi yang lebih banyak tapi Enduro miliki kelebihan pada segi hayat bateri.

Seperti Fenix 6 Solar, Enduro juga dilengkapi muka jam yang ada panel solar untuk mengubah cahaya matari jadi tenaga bateri. Ia dilindungi muka jam bersaiz 1.4” yang menggunakan panel transreflektif. Tali jam tangan ini miliki kelebaran 26mm dan boleh gunakan tali jam Quickfit Garmin.



Berbalik kepada hayat bateri, Enduro miliki hayat bateri seperti berikut:

  • Mode smartwatch – sehingga 50 hari/65 hari dengan solar
  • Mode jimat tenaga – sehingga 130 hari/1 tahun dengan solar
  • Mode GPS – sehingga 70 jam/80 jam dengan solar
  • Mode Expidition – Sehingga 65 hari/95 hari dengan solar

Fenix 6X Solar miliki hayat bateri seperti berikut:



  • Mode smartwatch – sehingga 9/10.5 hari dengan solar
  • Mode jimat tenaga – sehingga 34 hari/59 hari dengan solar
  • Mode GPS – sehingga 25 jam/28 jam dengan solar
  • Mode Expidition – Sehingga 20 hari/26 hari dengan solar

Untuk beroleh hayat berkhidmat yang superpanjang itu, kompromi harus dilakukan. Paling utama:

  1. Ia tiada Wi-Fi tapi semuanya dilakukan secara Bluetoth
  2. Tiada storan untuk masukkan muzik
  3. Tiada storan untuk simpan peta
Garmin lancar jam pintar bertenaga solar – Instinct dan Fenix 6

Yang saya nampak untuk jam ini, ia digunakan hanya untuk merekodkan data dan analisis lebih lanjut perlu dilakukan di komputer. Sensor-sensor yang ada pada Garmin Enduro termasuklah:

  1. GPS
  2. GLONASS
  3. GALILEO
  4. Pengimbas nadi Garmin Elevate
  5. Barometer
  6. Altimeter
  7. Kompas
  8. Giroskop
  9. Akseletometer
  10. Thermometer
  11. Pulse OX

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: garmingarmin endurejam tanganjam tangan kecergasan
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Garmin Enduro dilancarkan, tapi hanya ada satu sebab kenapa anda harus belinya berbanding Fenix

Garmin Enduro dilancarkan, tapi hanya ada satu sebab kenapa anda harus belinya berbanding Fenix

17 February 2021
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN