Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Mac, 2021

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Samsung Galaxy Z Flip dan S20 FE turun harga kekal, sehingga RM1,888 lebih murah

Samsung Malaysia kini menurunkan harga rasmi untuk dua model telefon pintar flagship mereka, Galaxy Z Flip dan siri Galaxy S20 FE. Telefon pintar dengan skrin boleh lipat, Galaxy Z Flip kini boleh dimiliki pada harga di bawah RM4,000.

Berikut adalah harga baru rasmi berkuatkuasa serta merta:

  • Galaxy Z Flip 256GB – RM5,888 RM3,999
  • Galaxy S20 FE 5G 256GB – RM3,399 RM2,999
  • Galaxy S20 FE LTE 128GB – RM2,699 RM2,299

Anda boleh melihat harga baru untuk Galaxy Z Flip dan Galaxy S20 FE 5G telah dipaparkan di Stor Online Samsung Malaysia. Untuk Galaxy S20 FE LTE, anda boleh melihat ia dijual serendah RM2,099 di Stor Samsung di Shopee.

Galaxy Z Flip

Telefon ini menampilkan skrin AMOLED Infinity Flex berukuran 6.7-inci, dengan resolusi HD Penuh. Ia dikuasakan cip Qualcomm Snapdragon 855+ bersama RAM 8GB dan storan dalaman 256GB.

Kamera belakangnya ada dua, gandingan kamera utama 12MP dan kamera ultra lebar 12MP. Kamera di dalam pyla 10MP, terletak di dalam lubang di atas skrin. Ia juga ada skrin AMOLED kecil di luar, berukuran 1.1-inci dan sentiasa hidup untuk memaparkan notifikasi.

Baterinya sebesar 3,300mAh dan menyokong pengecasan pantas 15W serta pengecasan wayarles.

Galaxy S20 FE

Jika mahu telefon biasa, Galaxy S20 FE menawarkan perkakas falgship asas. Skrinnya dari jenis Super AMOLED sebesar 6.5-inci HD Penuh, serta berkadar penyegaran 120Hz. Untuk versi 5G, ia dikuasakan cip Snapdragon 865 manakala versi LTE menggunakan cip Exynos 990.

Selain itu, semuanya sama. Kamera di belakang ada tiga, gabungan kamera utama 12MP, kamera ultra lebar 12MP dan kamera telefoto 8MP. Kamera hadapannya 32MP, di dalam lubang di atas skrin.

BACA  Exynos 2100 diuji lebih cekap tenaga berbanding Snapdragon 888, tapi netizen tak puas hati

Bateri berkapasiti 4,500mAh di pasang di dalamnya dan ia menyokong pengecasan pantas 25W dan pengecasan wayarles. Tetapi pengecas 15W diberikan di dalam kotak. Selain itu, telefon ini memiliki speaker stereo, kalis air dan debu IP68 serta sokongan Samsung Pay.

[Sumber: SoyaCincau]