• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Galaxy M62 dengan kuasa flagship & bateri 7,000mAh akan datang ke Malaysia

  • OLEH Najib
  • 9:58 am
  • 24/02/2021
  • Komen
Samsung Galaxy M62 dengan kuasa flagship & bateri 7,000mAh akan datang ke Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung Malaysia baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan telefon pintar dari keluarga Galaxy M tidak lama lagi. Galaxy M62 dengan bateri berkapasiti 7,000mAh, akan datang ke Malaysia dan dijual eksklusif dalam talian sahaja.

Pautan pada pengumuman Samsung Malaysia ini membawa kepada Stor Rasmi Samsung di Lazada, menunjukkan Galaxy M62 hanya boleh dibeli di sana sahaja. Selain itu, ia turut menunjukkan tarikh jualannya iaitu pada 3 Mac 2021.



Tiada maklumat lanjut mengenai spesifikasi Galaxy M62 secara rasmi buat masa ini, tetapi beberapa perkara boleh diambil dari gambar yang dikongsi. Terdapat dua warna yang dimuat naik Samsung Malaysia, biru dan hitam, petunjuk bahawa warna ini adalah pilihan yang disediakan untuk pembeli di Malaysia.

Galaxy M62 memiliki 4 kamera di belakang, dan satu kamera hadapan yang terletak di dalam lubang di atas skrin. Bahagian belakangnya pula menggunakan kemasan bergaris, dengan warna gradien yang berubah dari atas ke bawah.



Seperti model Galaxy M sebelum ini, hampir kesemuanya menggunakan skrin Super AMOLED tetapi ia tiada pengimbas capjari di dalam skrin. Sebaliknya ia menggunakan pengimbas capjari di sisi, bergabung dengan butang kuasa. Tiada lekuk jek audio kelihatan di atas atau bawah telefon, dijangka ia tidak memiliki port 3.5mm.

Spesifikasi teknikal Galaxy M62 masih belum diumumkan dan ini menunjukkan Malaysia akan jadi pasaran terawal Galaxy M62 di dunia. Ura-ura tentang pelancarannya di India telah kuat bertiup sebelum ini, tetapi masih tiada pengumuman rasmi. Mungkin Malaysia mendahului India untuk pelancaran Galaxy M62.

Berdasarkan penemuan di laman ujian aras Geekbench, Galaxy M62 menggunakan kuasa cip flagship Exynos 9825, yang sama digunakan di siri Galaxy Note 10. Selain itu, ia akan menjalankan sistem operasi terbaru Android 11 dan dibekalkan RAM sebanyak 6GB.

Sumber

Melihatkan kuasa tinggi yang ada padanya, sudah pasti harga juga agak tinggi. Untuk perbandingan, telefon pintar terbaik dari keluarga Galaxy M tahun lepas ialah Galaxy M51, dilancarkan di Malaysia dengan harga RM1,599.

Harga untuk Galaxy M62 mungkin menggantikan Galaxy M51, atau lebih tinggi dari ini. Tetapi jika harganya melebihi RM2,000, ia sudah tidak berbaloi kerana menghampiri harga Galaxy S20 FE yang lebih berkuasa dan boleh dibeli dari RM2,099.

[Sumber: Samsung]

Tags: samsungSamsung Galaxy M62
Najib

Najib

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
Samsung Galaxy M62 dengan kuasa flagship & bateri 7,000mAh akan datang ke Malaysia

Samsung Galaxy M62 dengan kuasa flagship & bateri 7,000mAh akan datang ke Malaysia

24 February 2021
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025
KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

21 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER