Tiga perkakas rumah Xiaomi tiba – pembersih hampagas, pengering rambut & kamera CCTV 2K

Di samping melancarkan telefon pintar Mi 11, Xiaomi Malaysia turut mengumumkan kedatangan tiga lagi produk pintar di rumah mereka. Produk tersebut adalah penyedut habuk Mi G10, pengering rambut Mi Ionic H300 dan kamera CCTV 360º Mi 2K

Mi G10

Mesin pembersih berkuasa ini menampilkan motor digital terbaharu, yang berputar pada kelajuan 125,000 RPM. Ia berupaya menghasilkan daya sedutan udara setinggi 150W, 25% lebih banyak daripada generasi sebelumnya. Ia juga datang bersama penapis HEPA, yang mencatat 99.97% kadar penapisan keseluruhan.

Mi G10 dilengkapi skrin TFT, untuk mempaparkan status mod masa nyata, status pengecasan bateri, pilihan bahasa dan ciri piawai, memberikan pengalaman pembersihan lebih jelas dan tepat. Selain itu, ia juga dilengkapi pengecas dok di dinding dengan bateri yang boleh ditanggal (memberi kuasa sehingga 65 minit pada mod eko), tork pintar, dan tong sampah 0.6L boleh tanggal.

Penyedut Habuk Mi G10 akan dijual pada harga RM 1,099, bermula dari 26 Mac 2021. Ia boleh didapati di kedai rasmi Xiaomi di Lazada dan Shopee, serta di Mi Stores dan pengedar rasmi Xiaomi yang lain di Malaysia.

Mi Ionic H300

Ini adalah pengering rambut dengan saiz kompak dan ringan, jadi senang dibawa ketika di dalam perjalanan. Ia boleh menghasilkan udara dengan kelajuan sehingga 20m/s untuk pengeringan rambut lebih cepat, serta 7-sayap bilah udara untuk mengurangkan kehilangan tenaga dengan berkesan.

Pengering Rambut Mi Ionic H300 menawarkan perlindungan anion (50 juta anion) untuk melindungi kutikula rambut dan meneutralkan rambut statik, dan dilengkapi dengan teknologi kawalan suhu 57ºC.

Orang ramai boleh membeli Pengering Rambut Mi Ionic H300 pada harga RM 129, bermula dari 13 Mac 2021 di kedai rasmi Xiaomi di Lazada dan Shopee, serta di Mi Stores dan pengedar rasmi Xiaomi yang lain di Malaysia.

Mi 360º Home Camera 2K

Dengan resolusi 2K, Mi 360º Home Security Camera 2K boleh merakam dengan sangat jelas. Ia memiliki resolusi 2304×1296 yang mudah untuk memperbesarkan objek dan merakam setiap perincian dan warna. Dilengkapi dengan apertur besar f/1.4 dan lensa 6P, penglihatan malam dengan warna yang dipertingkatkan mampu merakam walau keadaan malap bercahaya rendah.

Ia juga menggunakan algoritma AI pengesanan manusia yang baharu, dioptimumkan untuk menapis penggera yang tidak sah dan menjadikan pengesanan lebih tepat. Kepala motor berganda berputar untuk merakam pandangan mendatar 360º dan pandangan menegak 180º, memberikan perlindungan rumah sepenuhnya.

Kamera Keselamatan Rumah 360º Mi 2K bole dibeli bermula dari 13 Mac 2021, berharga RM 189 di kedai rasmi Xiaomi di Shopee, serta di Mi Stores dan pengedar rasmi Xiaomi yang lain di Malaysia.