• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Edward Han dilantik Presiden Samsung Malaysia baru

  • OLEH Najib
  • 3:27 pm
  • 26/02/2021
  • Komen
Edward Han dilantik Presiden Samsung Malaysia baru
Share on FacebookShare on Twitter

Peneraju produk elektrik dan elektronik dunia, Samsung mengumumkan lantikan baru untuk jawatan Presiden Samsung Malaysia Electronics. Ia akan diisi oleh Edward Han, yang bertanggungjawab untuk mengukuhkan lagi kedudukan jenama Samsung di Malaysia, menerajui strategi perniagaan dan operasi, serta meningkatkan lagi perniagaan dan jualan di Malaysia.

Edward Han bukanlah nama baru di Samsung. Beliau telah bersama Samsung selama lebih 20-tahun dan jawatan terakhirnya sebelum datang ke Malaysia ialah Pengarah Urusan Samsung Electronics New Zealand.



“Tiada perkataan yang boleh menterjemahkan rasa gembira dan syukur saya dalam perjalanan baru yang saya akan lalui. Malaysia adalah negara yang indah dengan potensi besar untuk mengembangkan perniagaan, dan saya tidak sabar untuk memulakan bab kerjaya baru saya bersama rakan setugas. Saya berharap dapat mengukuhkan kedudukan Samsung sebagai salah satu jenama dan tempat kerja terbaik di Malaysia!” kata Encik Han.

Edward Han

Sebagai veteran di Samsung, Edward Han memulakan kerjaya di Samsung pada tahun 2000. Beliau telah memegang pelbagai jawatan kanan di seluruh dunia termasuk di Romania dan India, Pengarah di ibupejabat Samsung di Korea dan Pengarah Urusan di New Zealand.



Sebelum ini, jawatan Presiden Samsung Malaysia Electronics disandang oleh Kim Yoonsoo. Kim bertugas di Malaysia selama 3 tahun, dari 2018 sehingga 2020 dan kini bertugas di Indonesia, sebagai Presiden Samsung Electronics Indonesia.

Kim Yoonsoo
Tags: Edward Hansamsungsamsung malaysia
Najib

Najib

POPULAR

Edward Han dilantik Presiden Samsung Malaysia baru

Edward Han dilantik Presiden Samsung Malaysia baru

26 February 2021
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN