• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Terima 10GB percuma di samping kuota 2x ganda untuk pelan kelajuan tinggi Yoodo

  • OLEH Najib
  • 10:53 am
  • 02/03/2021
  • Komen
Terima 10GB percuma di samping kuota 2x ganda untuk pelan kelajuan tinggi Yoodo
Share on FacebookShare on Twitter

Pada bulan Disember tahun lepas, Yoodo telah memulakan promosi data 2x di mana semua pelan data menerima data berganda pada harga yang sama. Hari ini, Yoodo meluaskan lagi tawaran tersebut dengan menawarkan 10GB data percuma, di samping data berganda.

Bermula dari 2 Mac 2021 sehingga satu tarikh yang akan diberitahu kelak, pengguna Yoodo yang melanggan pelan data High-Speed 10GB (5GB x2) dan ke atas, akan menerima 10GB data tambahan secara percuma.



Contohnya melanggan 10GB RM25, akan menerima sejumlah 20GB data berkelajuan tinggi. Paling banyak, anda boleh melanggan pelan 200GB (100GB x2) pada harga RM98, dan terima sejumlah 210GB data.

Untuk data 2GB RM12, ia tidak menerima data berganda dan tiada 10GB percuma. Yoodo juga dilihat telah menambah satu lagi pelan 6GB RM18, juga tidak menerima data berganda dan 10GB percuma. Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran ini, boleh layari laman web Yoodo Double Special Extra.



Pelan Unlimited Yoodo 3Mbps & 6 Mbps

Selain data berkelajuan tinggi, Yoodo juga ada menawarkan pelan data tanpa had dengan kelajuan disekat. Boleh pilih kelajuan 3Mbps berharga RM35/bulan, atau 6Mbps berharga RM43/bulan.

Jika anda perlukan data yang sangat banyak untuk waktu singkat, boleh melanggan Yoodo Power Pass yang memberikan 100GB data berkelajuan tinggi, berharga RM2 untuk 1 jam, atau RM5 bagi 3 jam. Yoodo juga menyediakan pelbagai add-on untuk media sosial, game, video, muzik dan lain-lain pada harga yang menarik.

Kalau anda bukan pelanggan Yoodo dan mahu mencubanya, kad sim Yoodo boleh ditempah secara percuma dan ia datang bersama 7GB percuma untuk pengguna baru. Jika berminat untuk mendapatkan kad sim Yoodo, boleh mendaftar di sini.

[Sumber: Yoodo]

Tags: yoodo
Najib

Najib

POPULAR

Terima 10GB percuma di samping kuota 2x ganda untuk pelan kelajuan tinggi Yoodo

Terima 10GB percuma di samping kuota 2x ganda untuk pelan kelajuan tinggi Yoodo

2 March 2021
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

21 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN