AirAsia memperkenalkan pas Asean Unlimited terbaharu yang boleh digunakan untuk penerbangan antarabangsa dan domestik, serta perkhidmatan penghantaran e-dagang tanpa had AirAsia.
Pas ASEAN + Penghantaran Tanpa Had
Pas Asean Unlimited berharga RM599 dan ia tersedia untuk semua Ahli AirAsia BIG di Malaysia. Pemegang pas ini boleh menebus penerbangan tanpa had domestik di Malaysia dan antarabangsa di seluruh Asean.
Selain itu, dengan pas ini juga, pengguna boleh menikmati penghantaran percuma tanpa had untuk sebarang pembelian di platform e-dagang AirAsia seperti AirAsia Food, AirAsia shop dan AirAsia Fresh. Namun, buat masa ini, ia hanya tersedia di kawasan Lembah Klang sahaja.

Pas ini boleh di dapatkan sekarang sehingga 7 Mac 2021 di laman sesawang rasmi AirAsia atau di aplikasi Super AirAsia. Pengguna yang melakukan pembayaran menggunakan BigPay akan menikmati diskaun sebanyak RM50. Jadi pengguna hanya perlu bayar RM549 sahaja untuk pas tanpa had ini.

Tempoh penerbangan bermula dari 17 Mac sehingga 26 Mac 2022. Penghantaran percuma tanpa had juga berakhir pada 26 Mac 2022.
Namun, perlu diketahui bahawa harga yang dinyatakan tidak termasuk cukai, yuran dan caj kerajaan serta caj tambahan lain. Asean Unlimited adalah untuk penebusan penerbangan dengan kod AK sahaja. Tempahan penerbangan perlu dilakukan 14 hari sebelum berlepas.
Lokasi penerbangan
Pemegang pas Asean Unlimited boleh terbang tanpa had ke beberapa destinasi dalam Malaysia, antaranya:
- Alor Setar
- Langkawi
- Penang
- Kota Bharu
- Ipoh
- Kuala Lumpur
- Terengganu
- Johor Bahru
- Kota Kinabalu
- Miri
- Kuching
- Tawau
- Sandakan
- Sibu
- Bintulu
- Labuan
Untuk destinasi ASEAN pula adalah seperti di bawah:
- Singapura
- Thailand
- Indonesia
- Filipina
- Vietnam
- Laos
- Brunei
- Kemboja
- Myanmar
Cara beli pas Asean Unlimited
- Pegi ke laman sesawang AirAsia atau di aplikasi AirAsia, tekan Unlimited Deals di bahagian atas.

- Log masuk akaun ahli BIG anda
- Tekan Asean Unlimited (Malaysia)

- Lihat terma dan syarat yang dinyatakan sebelum membeli
- Tekan purchase now (beli sekarang)
Cara tebus pas Asean Unlimited
Selepas anda beli pas ini, anda perlu ikut cara di bawah untuk menggunakannya bagi setiap pembelian penerbangan.
- Di aplikasi atau laman sesawang AirAsia, tekan Unlimited Deals
- Log masuk akaun ahli BIG anda
- Tekan My Purchases kemudian pilih view now
- Tekan redeem dan ia akan membawa anda ke paparan carian penerbangan
- Pilih penerbangan dengan tanda 100% off, ini merupakan penerbangan yang sah di bawah pas anda. Jumlah yang ditunjukkan adalah cukai lapangan terbang dan pembayaran lain untuk sektor tersebut.
- Lakukan pembayaran untuk selesaikan tempahan anda.
AirAsia lanjut tempoh perjalanan pas lain
AirAsia juga telah melanjutkan tempoh perjalanan bagi dua pas yang disediakan sebelum ini. AirAsia Unlimited Pass Cuti-Cuti Malaysia RM399, dilanjutkan penerbangan sehingga 30 Jun 2021. AirAsia Unlimited Pas RM499 juga menerima lanjutan tempoh perjalanan yang sama iaitu sehingga 30 Jun 2021.
Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran ini, anda boleh ikuti laman rasmi AirAsia di Twitter, Facebook dan Instagram.
[Sumber: AirAsia]