• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AirAsia

AirAsia lanjut tempoh penerbangan Pas Tanpa Had Cuti-Cuti Malaysia

  • OLEH Fatin Amanina
  • 3:44 pm
  • 04/02/2021
  • Komen
Terbang tanpa had dalam Malaysia dengan Pas Tanpa Had AirAsia Cuti-Cuti Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

AirAsia telah memperkenalkan Unlimited Pass Cuti-Cuti Malaysia (Pas Tanpa Had Cuti-Cuti Malaysia) pada tahun lalu, yang membolehkan pelancong terbang dalam negara tanpa had dengan harga RM399 sahaja.

Pemilik pas ini boleh terbang ke mana-mana 16 destinasi di Malaysia iaitu: Alor Setar, Langkawi, Pulau Pinang, Ipoh, Johor Bahru, Kuala Lumpur, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kuching, Miri, Bintulu, Sibu, Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dan Labuan.



Pas tanpa had dilanjutkan

Sebelum ini, pas penerbangan tersebut hanya sah digunakan dari 25 Jun sehingga 31 Mac 2021. Namun, satu berita gembira buat individu yang sudah memiliki pas tersebut, AirAsia baru sahaja menguar-uarkan tentang lanjutan tempoh penerbangan iaitu sehingga 30 Jun 2021.

Tujuan tempoh pas ini dipanjangkan adalah kerana, pihak AirAsia ingin memastikan penumpang berpeluang menggunakan pas tersebut dengan sebaiknya apabila perjalanan merentas negeri diizinkan kelak.



Umum mengetahui bahawa tempoh PKP dilanjutkan maka perjalanan rentas Negeri adalah tidak dibenarkan. Oleh itu, dengan tempoh penerbangan yang baharu ini, anda tidak perlu lagi risau jika masih belum dapat melakukan penerbangan dalam masa terdekat.

Pas tanpa had AirAsia X

Berikutan lonjakan kes Covid-19 di seluruh dunia, AirAsia juga telah melanjutkan tempoh penerbangan bagi pembeli pas AirAsia X Unlimited (Pas tanpa had AirAsia X) sehingga 30 Jun 2021. Pada mulanya, pas ini membolehkan penumpang melakukan penerbangan dari tempoh 2 Mac 2020 sehingga 2 Mac 2021 sahaja.

Berbeza sedikit dengan Pas Cuti-Cuti Malaysia, pas yang berharga RM499 ini membolehkan penumpang mengambil penerbangan AirAsia X tanpa had ke destinasi seperti Australia, Jepun, China, Korea, India dan juga Honolulu melalui Osaka.

[Sumber: AirAsia]

Tags: AirAsiaCuti-Cuti Malaysia
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Terbang tanpa had dalam Malaysia dengan Pas Tanpa Had AirAsia Cuti-Cuti Malaysia

AirAsia lanjut tempoh penerbangan Pas Tanpa Had Cuti-Cuti Malaysia

4 February 2021
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN