• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Menteri sasar 80% penduduk Malaysia daftar vaksin, sehingga kini hanya 6.1% yang mendaftar

  • OLEH Fatin Amanina
  • 5:41 pm
  • 03/03/2021
  • Komen
Menteri sasar 80% penduduk Malaysia daftar vaksin, sehingga kini hanya 6.1% yang mendaftar
Share on FacebookShare on Twitter

Pendaftaran program Imunisasi Covid-19 Nasional sudah dibuka kepada umum, melalui aplikasi telefon pintar MySejahtera. Pada minggu lalu, rakyat dipertontonkan secara langsung, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin dan beberapa petugas-petugas barisan hadapan disuntik vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech.

Pendaftaran suntikan vaksin rendah

Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, pendaftaran awam untuk Program Imunisasi Covid-19 Nasional berada pada tahap yang rendah, iaitu 6.1 peratus yang sudah mendaftar. Manakala sasaran pendaftaran yang mereka harapkan ialah 80 peratus dari kalangan penduduk Malaysia.



Dalam sebuah temubual media, beliau mengatakan bahawa, mereka perlu meningkatkan usaha untuk mendapatkan lebih banyak pendaftaran vaksin daripada masyarakat.

Melalui perkongsian YB Khairy Jamaluddin di Twitter rasminya, sehingga 8 pagi, 3 Mac 2021, sebanyak 1,741,364 jumlah pendaftaran suntikan vaksin melalui aplikasi MySejahtera sudah dilakukan oleh masyarakat.



Vaccine registration update. #LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/736egkmYB4

— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) March 3, 2021

Beliau sebelum ini telah menyatakan keyakinan bahawa 70 peratus dari 33 juta penduduk Malaysia akan diberikan suntikan vaksin dan paling awal ialah pada akhir tahun ini.

Sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dilancarkan pada 24 Februari 2021, Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan seramai 53,287 individu telah menerima suntikan vaksin COVID-19.

Sekiranya anda belum mendaftar, anda boleh ikuti langkah di sini untuk melakukan pendaftaran di aplikasi MySejahtera. Selain itu, anda boleh juga mendaftar pada saluran lain seperti laman web vaksincovid.gov.my dan hotline yang akan dimulakan pada 5 Mac 2021 nanti.

Ada juga disediakan saluran program outreach untuk kawasan luar bandar dan pedalaman. Tambahan lagi, untuk populasi yang tidak punyai akses Internet ataupun telefon seperti di luar bandar, mereka boleh mendaftar melalui klinik kesihatan kerajaan yang berhampiran.

[Sumber: MalayMail]

Tags: COVID-19Vaksin Covid-19
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Menteri sasar 80% penduduk Malaysia daftar vaksin, sehingga kini hanya 6.1% yang mendaftar

Menteri sasar 80% penduduk Malaysia daftar vaksin, sehingga kini hanya 6.1% yang mendaftar

3 March 2021
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN