• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

DBP adakan Pertandingan Video Pendek Peribahasa 2.0, hadiah RM1,500 menanti pemenang

  • OLEH Fatin Amanina
  • 6:43 pm
  • 04/03/2021
  • Komen
DBP adakan Pertandingan Video Pendek Peribahasa 2.0, hadiah RM1,500 menanti pemenang
Share on FacebookShare on Twitter

Kepada individu yang cintakan Bahasa Melayu dan mempunyai banyak idea untuk mencipta video pendek, anda boleh serlahkan bakat itu dalam Pertandingan Video Pendek Peribahasa 2.0 yang diadakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Pertandingan ini berlangsung dari 15 Mac 2021 sehingga 1 Jun 2021. Antara hadiah yang tersedia untuk pemenang ialah:



  1. Tempat pertama: RM1500 dan sijil
  2. Tempat kedua: RM1000 dan sijil
  3. Tempat ketiga: RM800 dan sijil
  4. Saguhati: RM500 dan sijil untuk 5 pemenang

Untuk menyertainya, anda hanya perlu imbas kod QR yang disediakan di bawah untuk mendapatkan borang penyertaan.

Syarat penyertaan

Sebelum menyertainya, ada beberapa syarat yang perlu peserta penuhi. Antaranya:



  1. Peserta mestilah berumur 13 tahun ke atas pada atau sebelum tarikh tutup penyertaan.
  2. Video yang dirakamkan mestilah menggunakan bahasa kebangsaan dan berdasarkan peribahasa yang terdapat dalam buku Peribahasa terbitan DBP. Video boleh berbentuk lakonan, animasi atau kolaj gambar.
  3. Semua video untuk dipertandingkan perlu dimuat naik ke dalam akaun Facebook peribadi dan disertakan maklumat ini:
    • Tajuk peribahasa yang dipilih.
    • Tanda pagar: #videoperibahasa2.0 #bahasajiwabangsa
  4. Akaun Facebook dalam tatapan umum.
  5. Boleh hantar lebih daripada satu penyertaan, tetapi setiap peserta layak memenangi satu hadiah sahaja.
  6. Video mestilah berdurasi 2 hingga 3 minit termasuk kredit dan merupakan hasil karya asli peserta.
  7. Klip video tidak pernah dihantar ke mana-mana pertandingan sebelum ini.
  8. Peserta boleh menggunakan telefon pintar atau perakam video untuk menghasilkan video berdasarkan kreativiti masing-masing.
  9. Kos penyertaan pertandingan ditanggung oleh peserta.
  10. Video yang dihasilkan hendaklah bertemakan perpaduan dan keharmonian kaum masyarakat Malaysia.

Penilaian video

Video yang dipertandingkan akan dinilai mengikut kriteria dan pecahan skema pemarkahan seperti berikut:

  1. Menepati tema = 30 markah
  2. Idea (isi kandungan) = 30 markah
  3. Kreativiti = 30 markah
  4. Persembahan = 10 markah

Keputusan pertandingan akan diumumkan melalui media sosial DBP. Para pemenang akan dihubungi melalui media sosial yang digunakan untuk pertandingan.

Berikut antara contoh peribahasa yang boleh anda gunakan dalam pertandingan ini:

Ini merupakan satu peluang keemasan untuk anda serlahkan bakat yang dimiliki. Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan ini, anda boleh kunjungi laman Facebook rasmi DBP atau hubungi talian 03-21479301/9306.

[Sumber: DBP]

Tags: dbp
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

DBP adakan Pertandingan Video Pendek Peribahasa 2.0, hadiah RM1,500 menanti pemenang

DBP adakan Pertandingan Video Pendek Peribahasa 2.0, hadiah RM1,500 menanti pemenang

4 March 2021
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN