• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri RedMagic 6 pamer kuasa tertinggi telefon gaming dengan RAM 18GB & skrin 165Hz

  • OLEH Najib
  • 5:32 pm
  • 05/03/2021
  • Komen
Siri RedMagic 6 pamer kuasa tertinggi telefon gaming dengan RAM 18GB & skrin 165Hz
Share on FacebookShare on Twitter

Nubia, jenama telefon pintar khusus untuk bermain games telah melancarkan model terbaru mereka, siri RedMagic 6. Ada dua model yang diperkenal di siri ini iaitu RedMagic 6 dan RedMagic 6 Pro. Tetapi perbezaan antara keduanya tidaklah begitu ketara.

Pelancaran siri RedMagic 6 ini telah diadakan di China dan Nubia bekerjasama dengan pengeluar tajuk permainan video, Tencent Games untuk model kali ini. Sebelum ini, Tencent pernah bekerjasama dengan ASUS untuk melancarkan telefon pintar ROG Phone II pada tahun 2019.



Di samping itu, Nubia turut mengumumkan bahawa pelancaran peringkat antarabangsa akan diadakan pada 16 Mac 2021. Melihatkan trend penjualan pelbagai telefon pintar Nubia di Malaysia sebelum ini, dijangka RedMagic 6 akan turut dibawa ke Malaysia selepas pelancaran antarabangsa.

Spesifikasi

Sebagai peranti gaming terbaru, siri RedMagic 6 dilengkapi kuasa pemproses Snadpragon 888 bersama RAM LPDDR5 dan storan UFS 3.1. Untuk Redmagic 6, ia ditawarkan sehingga 12GB RAM dan 256GB storan. Versi Pro pula, boleh dimiliki dengan RAM sehingga 18GB, pertama ada di telefon pintar dan storan sehingga 512GB.



Nubia menaik taraf sistem penyejukan di siri RedMagic 6 dengan memasang kipas penyejuk di dalam, digandingkan dengan kebuk wasap dan lapisan tembaga yang besar, untuk mengalirkan haba dengan lebih baik. Menurut Nubia, suhu pemproses boleh diturunkan sehingga 16℃ dengan sistem penyejukan ini.

Ciri baru paling menarik di siri RedMagic 6 adalah pada skrinnya, yang menggunakan paparan AMOLED HD Penuh 6.8-inci, dengan kadar penyegaran adaptif dari 30Hz hingga 165Hz, paling pantas di pasaran masakini. Ia menyokong kadar sentuhan pelbagai 360Hz dan kadar sentuhan sejari sehingga 500Hz, juga tertinggi masakini. Pengimbas capjari turut terdapat di dalam skrin.

Satu lagi perbezaan antara kedua-dua model ini adalah saiz bateri dan pengecasan. RedMagic 6 memiliki bateri 5,050mAh dan menyokong pengecasan pantas 65W. Ia boleh mengecas penuh dalam masa 38 minit.

Manakala bateri RedMagic 6 Pro sedikit kecil, hanya 4,500mAh tetapi menyokong kuasa pengecasan lebih tinggi 120W. Ini membolehkan ia mengecas 50% dalam masa 5 minit sahaja dan mengecas penuh hanya dalam 17 minit.

Menambah kehebatan peranti gaming ini adalah butang bahu sentuh, dipertingkat dengan kadar sentuhan setinggi 400Hz agar lebih peka. Ia juga memiliki teknologi terbaru WiFi 6E untuk liputan dan kapasiti penghantaran data yang lebih besar.

Nubia menggunakan sistem operasi RedMagic OS 4.0 berasaskan Android 11, untuk siri RedMagic 6. Ia dibangunkan dengan optimasi lebih 100 tajuk permainan, juga dengan kerjasama Tencent Games di dalam enjin permainan SolarCore 3.1 mereka. Ini menjadikan penggunaan aplikasi keluaran Tencent Games seperti WeChat dan QQ lebih pantas dan lancar.

Harga Jualan

Nubia akan mula menjual siri RedMagic 6 di China pada 11 Mac 2021, dan telah mula mengambil tempahan awal. Varian dan harga jualannya di China adalah seperti berikut:

  • RedMagic 6 (RAM 8GB + Storan 128GB) – CNY 3,799 (~RM2,388)
  • RedMagic 6 (RAM 12GB + Storan 128GB) – CNY 4,099 (~RM2,576)
  • RedMagic 6 (RAM 12GB + Storan 256GB) – CNY 4,399 (~RM2,765)
  • RedMagic 6 Pro (RAM 12GB + Storan 128GB) – CNY 4,399 (~RM2,765)
  • RedMagic 6 Pro (RAM 12GB + Storan 256GB) – CNY 4,799 (~RM3,016)
  • RedMagic 6 Pro (RAM 16GB + Storan 256GB) – CNY 5,299 (~RM3,331)
  • RedMagic 6 Pro Transparent (RAM 16GB + Storan 256GB) – CNY 5,599 (~RM3,519)
  • RedMagic 6 Pro Transparent (RAM 18GB + Storan 512GB) – CNY 6,599 (~RM4,184)

Sudah pasti harga di Malaysia akan lebih mahal dari kadar tukaran secara terus ini. Tetapi kita boleh mendapat anggaran awal untuk membandingkan harga di antara versi Pro dan bukan Pro. Nantikan 16 Mac untuk pelancaran peringkat antarabangsa.

[Sumber: GSMarena]

Tags: NubiaNubia RedMagic 6Nubia RedMagic 6 Pro
Najib

Najib

POPULAR

Siri RedMagic 6 pamer kuasa tertinggi telefon gaming dengan RAM 18GB & skrin 165Hz

Siri RedMagic 6 pamer kuasa tertinggi telefon gaming dengan RAM 18GB & skrin 165Hz

5 March 2021
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

6 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER