• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

KWSP i-Sinar: Ahli boleh tambah jumlah permohonan jika belum capai had

  • OLEH Najib
  • 2:10 pm
  • 08/03/2021
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa pencarum boleh meminda jumlah permohonan i-Sinar yang telah dibuat sebelum ini. Pindaan ini dibuka kepada ahli yang tidak memilih jumlah pengeluaran dengan betul semasa permohonan asal dibuat.

Ahli boleh meminda permohonan i-Sinar jika mereka tersalah meletakkan jumlah had pengeluaran semasa permohonan asal dibuat, atau jumlah yang dipilih bukan had kelayakan maksimum. Pindaan juga hanya boleh dibuat satu kali sahaja, tiada lagi pindaan dibenarkan selepas satu kali pindaan telah dibuat.



Tetapi jika ahli sudah memohon jumlah kelayakan maksimum ketika permohonan asal dibuat, tiada lagi pindaan boleh dilakukan.

KWSP juga memaklumkan bawah ahli yang masih belum memohon i-Sinar, boleh membuat permohonan baharu mulai 8 Mac 2021. Semua permohonan baharu dan pindaan, boleh dibuat menerusi laman web i-Sinar Online, sehingga 30 Jun 2021.



i-Sinar pada awalnya dibenarkan untuk ahli yang terjejas pendapatan semasa PKP, tertakluk kepada kelulusan KWSP. Ia kemudian diubah kepada kelulusan tanpa syarat untuk semua ahli.

Terdapat dua had pengeluaran i-Sinar, bergantung kepada jumlah simpanan yang terdapat di dalam akaun 1 ahli iaitu:

  • Pencarum dengan baki Akaun 1 sehingga RM100 ribu, mereka boleh keluarkan maksimum RM10 ribu sahaja.
  • Pencarum dengan baki Akaun 1 melebihi RM100 ribu, mereka boleh keluarkan maksimum 10% daripada baki tapi tidak melebihi RM60 ribu.

Kaedah pembayaran pula seperti berikut:

  • Pencarum dengan baki Akaun 1 sehingga RM100 ribu, pembayaran pertama diberi sehingga RM5,000 dan bakinya dibahagi sama rata untuk 5 bulan berikutnya.
  • Pencarum dengan baki Akaun 1 melebihi RM100 ribu, pembayaran pertama diberi sehingga MR10,000 dan bakinya dibahagi sama rata untuk 5 bulan berikutnya.

[Sumber: Berita Harian]

Tags: i-sinarkwsp
Najib

Najib

POPULAR

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

27 Januari 2023
Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

26 Januari 2023

KWSP i-Sinar: Ahli boleh tambah jumlah permohonan jika belum capai had

8 Mac 2021
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022
Anda boleh bergambar dalam sudut senget, serong, miring atau terbalik dengan telefon ini

Dapatkan pelbagai sudut gambar menarik guna Galaxy Z Flip4 tanpa bantuan tripod & orang lain

13 November 2022
Samsung Wallet kini di Malaysia, periksa telefon anda untuk kemas kini

Samsung Wallet kini di Malaysia, periksa telefon anda untuk kemas kini

30 Januari 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER