• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Potong barisan vaksinasi, denda sehingga RM50 ribu atau penjara enam bulan

  • OLEH Fatin Amanina
  • 7:06 pm
  • 09/03/2021
  • Komen
Potong barisan vaksinasi, denda sehingga RM50 ribu atau penjara enam bulan
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah wujudnya dakwaan ada individu memotong barisan penerimaan vaksin pada minggu lalu, kerajaan telah menggesa masyarakat untuk melaporkan salah laku itu secara langsung kepada pihak berkuasa.

Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, pemberi maklumat telah membantu kerajaan mengesan dan bertindak pantas terhadap kes penyalahgunaan kuasa pada fasa pertama pengeluaran vaksin Covid-19.



Aduan potong giliran terima suntikan vaksin

Dalam pada itu, Khairy Jamaluddin telah menerima lebih daripada 200 aduan dan pihaknya telah mengkaji setiap aduan itu. Ada kes yang tidak mempunyai bukti, tetapi individu yang terlibat dalam pemotongan giliran menerima suntikan dalam senarai pada fasa pertama sudah pun diselesaikan.

Salah satu aduan tersebut diterima dari sebuah hospital di mana pekerja dari wad kecemasannya dikeluarkan dari senarai keutamaan fasa pertama. Manakala aduan lain pula melibatkan pusat vaksinasi yang memberikan suntikan vaksin kepada penerima yang tidak utama.



Sebagai solusi kepada aduan tersebut, Khairy Jamaluddin telah memerintahkan pembatalan semua temu janji yang dibuat bagi mereka yang tidak berada dalam senarai keutamaan fasa pertama.

Hukuman

Setelah ura-ura mengenai kejadian tersebut berlaku dan tular di media sosial, kerajaan memutuskan akan menghukum individu yang memotong barisan vaksinasi.

Individu yang terlibat dengan kesalahan itu boleh didenda tidak lebih dari RM50 ribu atau dipenjara tidak lebih dari enam bulan di bawah peruntukan baru Ordinan 2021 (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 yang akan berkuatkuasa pada 11 Mac.

Walaupun begitu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, menegaskan bahawa siasatan mengenai dakwaan pemotongan giliran untuk penerimaan vaksin Covid-19 tidak terjadi di negara ini. Sebaliknya, tuduhan itu mungkin berlaku disebabkan daripada kekeliruan individu.

Fasa penerimaan vaksin

Secara umumnya, suntikan vaksin Covid-19 akan dilaksanakan dalam tiga fasa.

  • Fasa 1 (Februari 2021 hingga April 2021) : Suntikan vaksin akan diberikan kepada petugas barisan hadapan
  • Fasa 2 (April 2021 hingga Ogos 2021) : Suntikan kepada kumpulan berisiko tinggi atau berpenyakit kronik serta warga emas berumur 60 tahun ke atas
  • Fasa 3 (Mei 2021 hingga Februari 2022) : Suntikan kepada orang awam berusia 18 tahun dan ke atas

[Sumber: MalayMail]

Tags: Vaksin Covid-19
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Potong barisan vaksinasi, denda sehingga RM50 ribu atau penjara enam bulan

Potong barisan vaksinasi, denda sehingga RM50 ribu atau penjara enam bulan

9 March 2021
Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

27 July 2026
Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

25 July 2026
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Samsung lancar Galaxy A07 5G, telefon 5G bajet dengan sokongan OS 6 tahun

Samsung umum kenaikan harga untuk Galaxy A17 dan Galaxy A07 di Malaysia

27 July 2026
Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

27 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN