Percuma GamePad Kunai 3 bernilai RM499 untuk pembeli terawal ASUS ROG Phone 5

Telefon pintar ASUS ROG Phone 5 telah selamat dilancarkan. Malah, harga dan tarikh jualannya di Malaysia juga telah diketahui. Jika anda berminat menjadi pemilik terawal, jangan terlepas peluang untuk merebut tawaran ini.

Tempahan awal untuk ROG Phone 5 di Malaysia akan dibuka dari 11-25 Mac 2021. Ia boleh ditempah dari pengedar sah ASUS ROG di Malaysia, senarainya boleh disemak di sini.

Pembeli dalam tempoh tempahan awal ini akan menerima hadiah percuma berupa GamePad Kunai 3 bernilai RM499. Hanya model biasa boleh ditempah dalam waktu ini kerana model Pro dan Ultimate hanya tiba pada bulan Mei.

Selain itu, pembeli dalam tempahan awal ini juga berpeluang untuk membeli fon kepala ASUS ROG Strix Go Core dengan diskaun RM70, menjadikan harganya cuma RM249. Bagaimanapun, ia terhad kepada 50 orang pertama sahaja.

Tempahan awal juga boleh dibuat dalam talian, eksklusif di Stor Rasmi ASUS di Shopee. Ia dibuka dari 19 Mac hingga 2 April 2021 dan turut menawarkan GamePad Kunai 3 sebagai hadiah percuma.

ROG Phone 5 di Shopee

Untuk rujukan, harga jualan telefon pintar ASUS ROG Phone 5 dan aksesorinya di Malaysia adalah seperti berikut:

  • ROG Phone 5 (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM2,999 (April 2021)
  • ROG Phone 5 (RAM 16GB + Storan 256GB) – RM3,799 (April 2021)
  • ROG Phone 5 Pro (RAM 16GB + Storan 512GB) – RM4,499 (Mei 2021)
  • ROG Phone 5 Ultimate (RAM 18GB + Storan 512GB) – RM4,999 (Mei 2021)
  • AeroActive Cooler 5 – RM149 (April 2021)
  • LIGHTING ARMOR CASE (ROG5) – RM199 (Mei 2021)
  • ROG Kunai 3 Gamepad dengan Bumper – RM499 (April 2021)
  • ROG Kunai 3 BUMPER – RM69 (April 2021)
  • Kabel ROG 1.8M USB-C ke USB-C – RM59 (Mei 2021)
  • ROG STRIX GO core – RM319 (belian bersama telefon RM249)
  • ROG Cetra II – RM499 (Mei 2021)
  • ROG Cetra II core – RM199 (Mei 2021)