• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor akan kembali dengan Google dalam peranti berkuasa Snapdragon 888 tahun ini

  • OLEH Najib
  • 11:54 am
  • 17/03/2021
  • Komen
Honor akan kembali dengan Google dalam peranti berkuasa Snapdragon 888 tahun ini
Share on FacebookShare on Twitter

Honor telah berpisah dengan syarikat induknya, Huawei tahun lepas untuk memastikan kelangsungan hidupnya akibat sekatan perdagangan yang dikenakan kerajaan Amerika Syarikat terhadap Huawei. Sebelum ini, Honor turut tertakluk kepada larangan tersebut, antaranya tidak boleh menggunakan perkhidmatan dna aplikasi Google di dalam peranti.

Tetapi laporan dari laman berita Sina di China, menyatakan bahawa Honor akan melancarkan peranti baru pada bulan Julai, dikuasakan pemproses terbaik Snapdragon 888 serta perkhidmatan Google di dalamnya. Perkara ini tidaklah memeranjatkan kerana CEO Honor, George Zhao telah mengesahkan pada Januari lepas bahawa peranti berkuasa tinggi mereka akan bersaing terus dengan Apple dan Huawei.



George Zhao

Honor juga dilihat tidak lagi dikenakan sekatan perdagangan selepas memutuskan hubungan dengan Huawei dan mereka telah menandatangani perjanjian dengan beberapa syarikat seperti pengeluar cip Qualcomm, Samsung, Intel, AMD dan Sony. Honor juga dalam perbincangan dengan Google untuk mengembalikan perkhidmatan Google di dalam perantinya.

Selain penggunaan cip berkuasa tinggi Snapdragon 888, Honor juga dilaporkan mahu memperkenal dua siri peranti flagship, menyerupai siri Huawei P dan Huawei Mate. Salah satu darinya akan mengekalkan nama Magic.



Honor sebelum ini dikenali sebagai peranti mampu milik dan memfokus kepada peranti kelas permulaan dan pertengahan. Langkah ini dibuat untuk mengekalkan jenama Huawei sebagai peranti premium berkuasa tinggi.

Awal tahun ini, Honor telah melancarkan Honor V40 5G di China dan dijangka akan dilancarkan di peringkat antarabangsa, bersama perkhidmatan Google di dalamnya. Tetapi masih belum ada berita mengenainya.

Persoalan seterusnya, adakah Honor akan kekal menggunakan Magic UI yang diubah sedikit dari sistem operasi Huawei EMUI? Bagaimana dengan nasib telefon pintar Honor sebelum ini yang tiada Google, adakah ia akan boleh memasang Google selepas ini? Kita tunggu apa langkah Honor seterusnya.

[Sumber: PhoneArena]

Tags: Googlehonor
Najib

Najib

POPULAR

Honor akan kembali dengan Google dalam peranti berkuasa Snapdragon 888 tahun ini

Honor akan kembali dengan Google dalam peranti berkuasa Snapdragon 888 tahun ini

17 March 2021
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER