• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Poco F3 dilabel semula dari Redmi K40, harga jauh lebih murah dari Poco F2 Pro

  • OLEH Najib
  • 9:08 pm
  • 22/03/2021
  • Komen
Poco F3 dilabel semula dari Redmi K40, harga jauh lebih murah dari Poco F2 Pro
Share on FacebookShare on Twitter

Di majlis pelancaran yang sama, Poco F3 memunculkan diri buat pertama kali di samping telefon pintar Poco X3 Pro. Ini adalah peranti terbaik keluaran Poco sehingga kini, menggantikan kedudukan Poco F2 Pro yang dilancar tahun lepas.

Peminat di Malaysia tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan Poco F3 kerana ia akan mula dijual di Malaysia pada 27 Mac 2021. Tetapi ia dijual secara eksklusif di Stor Poco Global di Lazada sahaja.



Lebih menarik lagi, harga pelancaran Poco F3 jauh lebih rendah berbanding Poco F2 Pro iaitu:

  • Poco F3 (RAM 6GB + Storan 128GB) – RM 1,399
  • Poco F3 (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM 1,699

Terdapat tiga warna boleh dipilih untuk Poco F3 iaitu putih, hitam dan biru.



Jangan pergi dahulu, pembeli terawal Poco F3 boleh mendapatkannya pada harga istimewa. Selama 2 hari pada 27 & 28 Mac 2021, Poco F3 akan dijual dengan diskaun sehingga RM200 iaitu:

  • Poco F3 (RAM 6GB + Storan 128GB) – RM 1,399 RM 1,299
  • Poco F3 (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM 1,699 RM 1,499

Ingat, promosi Poco F3 ini hanya terdapat di Stor Stor Poco Global di Lazada pada 27 & 28 Mac 2021 sahaja.

Spesifikasi

Telefon ini sebenarnya adalah jelmaan Redmi K40 yang telah dilancarkan di China awal bulan ini. Poco F3 memiliki kuasa cip Snapdragon 870, bersama RAM LPDDR5 sehingga 8GB dan storan UFS 3.1 sehingga 256GB.

Skrinnya dari jenis AMOLED HD Penuh 120hz, berukurang 6.67-inci. Ia dilapisi kaca Corning Gorilla Glass 5, memiliki tahap kecerahan setinggi 1,300nits dan menyokong HDR10+. Walaupun menggunakan skrin AMOLED, pengimbas capjarinya tidak terdapat di dalam skrin, tetapi diletakkan di tepi, bergabung dengan butang kuasa.

Untuk kamera, terdapat tiga kamera di belakangnya iaitu kamera utama 48MP F1.79, kamera ultra lebar 8MP F2.2 dan kamera telemakro 5MP F2.4 Autofokus. Tiada kamera telefoto padanya. Kamera hadapan pula 20MP F2.45, terletak di dalam lubang di atas skrin.

Baterinya pula berkapasiti 4,520mAh dan menyokong pengecasan pantas 33W USB-C. Kepala pengecas ada diberikan di dalam kotak. Xiaomi menyatakan masa mengecasnya hampir sama dengan pengecas 55W biasa kerana dioptimasi untuk mengecas pantas dari awal sehingga akhir, mengecas penuh dalam masa 52 minit sahaja.

Sistem bunyi Poco F3 dihasilkan menerusi speaker stereo di bawah dan atas telefon, dilengkapi teknologi Dolby Atmos dan diiktiraf Hi-Res Audio, tetapi tiada jek audio 3.5mm. Ia juga masih mengekalkan pemancar infra merah.

Lebih hebat dari Mi 10T Pro?

Walaupun dengan nombor cip lebih tinggi, Poco F3 bukanlah peranti yang lebih perkasa berbanding Mi 10T Pro. Kelebihan utama Poco F3 adalah pada skrin AMOLED 120Hz, di mana Mi 10T Pro masih dengan skrin LCD tetapi lebih pantas 144Hz.

Malah, kamera utama Mi 10T Pro memiliki sensor tinggi 108MP bersama OIS. Mi 10T Pro juga ada bateri lebih besar, 5,000mAh dengan kuasa pengecas yang sama 33W.

Secara kasar, Poco F3 memiliki sedikit kelebihan prestasi dan paparan AMOLED lebih bertenaga. Manakala Mi 10T Pro dilengkapi skrin LCD lebih pantas 144Hz dan kamera lebih baik.

Tetapi perbezaan sebegini menjadikan pengguna boleh membuat pilihan dengan lebih mudah. Hanya pastikan apakah perkara paling penting diperlukan di telefon pintar tersebut.

Tags: PocoPoco F3
Najib

Najib

POPULAR

Poco F3 dilabel semula dari Redmi K40, harga jauh lebih murah dari Poco F2 Pro

Poco F3 dilabel semula dari Redmi K40, harga jauh lebih murah dari Poco F2 Pro

22 March 2021
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER