• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Poco X3 Pro, prestasi meningkat harga lebih murah

  • OLEH Najib
  • 9:06 pm
  • 22/03/2021
  • Komen
Poco X3 Pro, prestasi meningkat harga lebih murah
Share on FacebookShare on Twitter

Poco hari ini membuat acara pelancaran antarabangsa dan menampilkan dua telefon pintar baru, Poco X3 Pro dan Poco F3. Kedua-dua telefon ini memiliki kuasa cip flagship siri 8xx keluaran Qualcomm, tetapi mengekalkan harga mampu milik.

Bagi Poco X3 Pro, ia ada sedikit perubahan dari segi prestasi berbanding Poco X3 yang dilancarkan tahun lepas, tetapi mengekalkan harga yang lebih murah. Peminat di Malaysia boleh mendapatkan Poco X3 Pro yang dipertingkat kuasa bermula 24 Mac 2021 pada harga berikut:



  • Poco X3 Pro (RAM 6GB + storan 128GB) – RM 999
  • Poco X3 Pro (RAM 8GB + storan 256GB) – RM 1,299

Telefon ini akan dijual secara eksklusif di Stor Rasmi Poco Global di Shopee. Terdapat tiga warna disediakan iaitu hitam, biru dan gangsa.

Tetapi anda sebenarnya boleh membeli telefon ini pada harga lebih murah. Khas selama 2 hari sahaja pada 24 & 25 Mac 2021, Poco X3 Pro dijual dengan harga promosi pengenalan sehingga RM200 diskaun iaitu:



  • Poco X3 Pro (RAM 6GB + storan 128GB) – RM 999 RM 899
  • Poco X3 Pro (RAM 8GB + storan 256GB) – RM 1,299 RM1,099

Spesifikasi

Ketibaan Poco X3 Pro kini meletakkan diri mereka di kedudukan yang berbeza dari Redmi Note 10 Pro yang baru dilancarkan, walaupun harga mereka hampir serupa. Ini kerana Poco X3 Pro kini dikuasakan cip pemproses yang lebih hebat, Snapdragon 860 7nm tetapi masih tiada 5G. Ia bergandingan dengan RAM LPDDR4x dan storan UFS 3.1.

Paparannya mungkin tewas dengan Redmi Note 10 Pro kerana ia masih menggunakan skrin LCD 120Hz HD Penuh, berukuran 6.67-inci bersama kaca Corning Gorilla Glass 6. Bateri dan pengecas juga tidak berubah, berkapasiti 5,160mAh dengan pengecasan pantas 33W USB-C. Pengecas turut disertakan di dalam kotak.

Kamera belakang ada sedikit berubah. Poco X3 Pro kini dilengkapi kamera utama 48MP F1.79, kamera ultra lebar 8MP F2.2, kamera makro 2MP F2.4 dan kamera potret 2MP F2.4. Kamera hadapannya kekal dengan sensor 20MP F2.2 di dalam lubang di dahi skrin.

Sistem bunyi dari speaker stereo masih dibekalkan dan ia juga menyediakan jek audio 3.5mm untuk fon kepala berwayar. Dua kad sim nano dan kad mikroSD sehingga 1TB diterima di dalam slot kad hibrid.

Selain itu, Poco X3 Pro menyokong Bluetooth 5.0, WiFi 5, NFC dan pemancar infra merah. Pengimbas capjari terletak di sisi, dicantumkan dengan butang kuasa.

Kurang hebat dari Redmi Note 10 Pro?

Redmi Note 10 Pro memiliki kelebihan dari segi skrin AMOLED 120Hz, tetapi ia masih kekal dengan kuasa Snapdragon 720G. Untuk Poco X3 Pro, ia kini lebih berkuasa dengan cip Snapdragon 860 tetapi skrin kurang bertenaga LCD 120hz.

Dari sini, pengguna mempunyai pilihan untuk mendapatkan prestasi tinggi dan skrin LCD di Poco X3 Pro, atau skrin AMOLED dan prestasi pertengahan di Redmi Note 10. Dengan perbezaan ketara sebegini, Poco X3 Pro dan Redmi Note 10 Pro tidak lagi bersaing secara terus dan pengguna boleh memilih berdasarkan keperluan tersendiri.

Bacaan Berkaitan

Siri Redmi Note 10 datang dengan ciri paling ditunggu, AMOLED 120Hz di bawah RM1,000
Poco X3 telefon gaming yang lebih menarik dari Poco F2 Pro
Tags: PocoPoco X3 pro
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Poco X3 Pro, prestasi meningkat harga lebih murah

Poco X3 Pro, prestasi meningkat harga lebih murah

22 March 2021
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER