• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Orang kuat bank utama Malaysia terima jutaan ringgit durian runtuh dalam tahun pertama COVID-19

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:17 pm
  • 23/03/2021
  • Komen
Orang kuat bank utama Malaysia terima jutaan ringgit durian runtuh dalam tahun pertama COVID-19
Share on FacebookShare on Twitter

Bukan semua orang terkesan secara negatif dalam pandemik COVID-19.

Sementara ramai yang perlu ikat perut dan cari kerja baru, orang-orang atasan dalam industri perbankan Malaysia dilapor beroleh jutaan ringgit dalam bentuk bonus dan ganjaran untuk prestasi mereka sepanjang 2020.



Sulaiman Mohd Tahir, CEO AmBank, beroleh RM6.64 juta yang terdiri daripada RM2.54 juta gaji bulanan, bonus RM3.14 juta serta beberapa imbuhan lain.

Azman Hashim, pengerusi AmBank, pula menerima sejumlah RM1.71 juta. RM210 ribu daripadanya ialah bayaran pengarah, RM1.47 juta untuk pelbagai emolumen dan RM26 ribu untuk faedah-faedah lain.



Domenic Fuda, CEO Hong Leong Bank, terima RM17.13 juta. Jumlah tersebut termasuklah bonus, keraian, dan wang persaraan berjumlah RM10.26 juta, serta RM6.87 juta untuk pelbagai imbuhan lain.

Abdul Farid Alias, CEO Maybank pula, miliki gaji tahunan RM9.4 juta tahun ini berbanding RM8.43 juta pada tahun 2019.

Bekas Pengerusi Maybank, Mohaiyani Shamsudin pula terima RM1.95 juta sebagai imbuhan sebelum persaraannya pada 1 November 2020. Jumlah tersebut mengandungi RM903 ribu untuk bayaran pengarah, RM578 ribu untuk emolument, dan RM109 ribu untuk pelbagai  imbuhan lain.

Abdul Rahman Ahmad, CEO CIMB, dilapor terima RM2.41 juta manakala bekas CEO CIMB yang kini Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz, juga tidak ketinggalan menerima RM8.53 juta untuk faedah sepanjang 2019. Mohd Nasir Ahmad, Pengerusi CIMB, mengaut RM1.51 juta untuk tahun 2020.

Joel Kronreich, CEO Alliance Bank, satu-satunya eksekutif yang bonusnya menurun untuk tahun 2020. Tapi, jumlahnya tetap banyak apabila ia bawa pulang RM6.41 juta untuk tahun 2020.

Kalau anda jumlahkan semua bonus, emolument, dan faedah lain, sebanyak RM55.69 juta berlegar dalam kalangan 9 orang sahaja ataupun purata RM6.19 juta seorang, ataupun purata RM515,648 ribu sebulan.

[Sumber: MalayMail, Gambar Pemuka]

Tags: bankCOVID-19covid19
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Orang kuat bank utama Malaysia terima jutaan ringgit durian runtuh dalam tahun pertama COVID-19

Orang kuat bank utama Malaysia terima jutaan ringgit durian runtuh dalam tahun pertama COVID-19

23 March 2021
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN