• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Hadiah percuma bernilai RM1,953 untuk tempahan awal Oppo Find X3 Pro

  • OLEH Najib
  • 7:05 pm
  • 24/03/2021
  • Komen
Oppo Find X3 Pro: Semua perkara yang anda perlu tahu tentangnya
Share on FacebookShare on Twitter

Oppo telah melancarkan peranti flagship mereka Find X3 Pro di peringkat antarabangsa awal bulan ini. Ia akan dilancarkan di Malaysia pada 25 Mac 2021 dan kini Oppo mengumumkan tarikh dan tawaran tempahan awalnya.

Tempahan awal untuk Oppo Find X3 Pro akan dibuka dari 25 Mac sehingga 8 April 2021 dan Oppo menawarkan hadiah percuma bernilai RM1,935 untuk pembeli dalam waktu ini.



Hadiah percuma yang disediakan berupa fon telinga Oppo Enco X, pengecas wayarles, casing Kevlar, jaminan tambahan tahun ke-2, perlindungan keretakan skrin 1-tahun dan storan awan HeyTap Cloud Service 1TB selama 1 tahun.

Kepada yang berminat, tawaran untuk tempahan awal ini hanya terdapat di 15 Stor Jenama Oppo, Stor Online Oppo, rakan e-dagang Oppo dan rakan telekomunikasi. Senarai penuh lokasi tempahan ini akan diumumkan Oppo semasa pelancaran Oppo Find X3 Pro.



Harga Oppo Find X3 Pro masih belum diketahui tetapi terdapat kebocoran maklumat di Lazada, yang menunjukkan harganya ialah RM4,299. Jika harga ini benar, ia lebih murah dari Oppo Find X2 Pro tahun lepas.

Oppo Find X3 Pro adalah telefon flagship terbaru, dikuasakan cip Snapdragon 888 dengan RAM 12GB dan storan 256GB. Skrinnya dari jenis AMOLED QHD+, dengan kadar penyegaran 120Hz.

Telefon ini ada rekaan kamera belakang unik, memuatkan kamera utama 50MP, kamera ultra lebar 50MP, kamera telefoto 13MP dan kamera telemikro 3MP. Kamera hadapannya 32MP.

Bateri di dalam Oppo Find X3 Pro sebesar 4,500mAh, menyokong pengecasan pantas berwayar 65W dan tanpa wayar 30W. Selain itu, pembesar bunyi stereo turut dipasang dan ia kalis air IP68.

Tags: oppoOppo Find X3 Pro
Najib

Najib

POPULAR

Oppo Find X3 Pro: Semua perkara yang anda perlu tahu tentangnya

Hadiah percuma bernilai RM1,953 untuk tempahan awal Oppo Find X3 Pro

24 March 2021
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN