Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Harga Oppo Find X2 Pro di Malaysia masih lebih murah dari Galaxy S20 Ultra

Oppo Malaysia hari ini secara rasmi melancarkan telefon pintar flagship terbaru mereka, Find X2 dan Find X2 Pro. Telefon ini telah dilancarkan di peringkat antarabangsa pada 6 Mac lepas dan mula dibuka tempahan awal di Malaysia sejurus tamat pelancaran tersebut.

Dengan pelancaran di Malaysia, Oppo turut mengumumkan harga jualan untuk Find X2 dan Find X2 Pro. Harga ini ternyata jauh lebih rendah apabila dibandingkan dengan harga di Eropah, yang diumumkan semasa pelancaran antrabangsa minggu lepas.

  • Oppo Find X2 (RAM 12GB + Storan 256GB) – RM3,999
  • Oppo Find X2 Pro (RAM 12GB + Storan 512GB) – RM4,599

Warna yang ditawarkan di Malaysia juga adalah sama seperti yang ditawarkan di Eropah. Unuk Find X2, pembeli boleh memiih antara warna hitam seramik atau warna biru kaca. Manakala versi Pro, datang dengan pilihan hitam seramik dan oren kulit vegan.

Seperti yang dimaklumkan lebih awal, tempahan awal untuk kedua-dua telefon pintar ini telah dibuka dari 6 Mac sehingga 13 Mac 2020 untuk Find X2. Manakala tempahan awal Find X2 Pro dibuka sehingga 20 Mac 2020. Hadiah percuma disediakan untuk semua pembeli dalam tempoh ini berupa: Powerbank VOOC, jaminan tambahan 1-tahun dan perlindungan skrin 90-hari, semuanya bernilai RM528.

Jika anda mahukan lebih banyak hadiah percuma, Oppo menyediakan hadiah tambahan berupa fon kepala Enco Free (bernilai RM499) pada hari pertama jualan di Pavilion KL serta beberapa lokasi seluruh negara, di samping hadiah percuma Powerbank VOOC dan jaminan tambahan 1-tahun serta perlindungan skrin 90-hari. Find X2 akan mula dijual pada 14 Mac manakala Find X2 Pro pula bermula 21 Mac. Hadiah percuma ini diberikan sementara stok masih ada.

BACA  Realme muncul dua kali dalam 10 carian sohor kini pada bulan Julai

Telefon pintar Find X2 dan Find X2 Pro adalah telefon Snapdragon 865 pertama tiba di Malaysia. Selain cip baru ini, kedua-dua telefon disertakan RAM 12GB dan turut menyokong rangkaian 5G dwi-mod serta pengecasan super pantas 65W. Skrinnya dari jenis AMOLED, kini dengan refresh rate setinggi 120Hz pada resolusi QHD+.

Perbezaan ketara antara Find X2 dan Find X2 Pro adalah pada storan dan kamera belakang. Find X2 dilengkapi storan 256GB manakala Find X2 Pro pula 512GB. Kedua-dua model memiliki tiga kamera belakang. Di Find X2, kamera tersebut ialah kamera utama 48MP F1.7, kamera ultra lebar 12MP F2.2 dan kamera telefoto 13MP F2.4. Manakala versi Pro pula ada kamera utama 48MP F1.7, kamera ultra lebar 48MP F2.2 dan kamera telefoto periskop 13MP F3.0. Kamera hadapan adalah sama, iaitu kamera 32MP F2.4 yang terletak di dalam lubang di bahagian atas skrin.

Sedikit sebanyak, ciri-ciri di Oppo Find X2 dilihat boleh menyaingi telefon pintar Samsung Galaxy S20. Terutama sekali dengan sokongan rangkaian 5G dwi-mod serta kehebatan kameranya yang diakui DxOMark di tangga pertama. Apatah lagi, storannya juga jauh lebih besar dari Galaxy S20 yang memberikan hanya 128GB pada semua model.

Dengan harga dan ciri-ciri di atas, adakah anda akan memilih Oppo Find X2 Pro berbanding Samsung Galaxy S20 Ultra? Jika ya, jangan lupa dapatkan hadiah percuma yang disediakan semasa tempoh tempahan awal serta pada jualan hari pertama.