• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Pengguna Android perlu tunggu lebih lama untuk sertai ClubHouse

  • OLEH Najib
  • 1:15 pm
  • 25/03/2021
  • Komen
Pengguna Android perlu tunggu lebih lama untuk sertai ClubHouse
Share on FacebookShare on Twitter

Aplikasi sembang sosial audio ClubHouse, merupakan salah satu perkara yang tular kebelakangan ini. Tetapi ia masih terhad untuk pengguna iOS sahaja, masih tiada aplikasi tersebut untuk Android. Sebelum ini, pengasas ClubHouse, Paul Davison ada menyatakan aplikasi Android sedang dalam pembangunan. Kini dia menerangkan dengan lebih teliti tentang perkembangannya.

Di dalam satu pertemuan dalaman syarikat, Paul menyatakan bahawa ClubHouse sedang berusaha keras membangunkan aplikasi mereka untuk Android, tetapi ia mungkin mengambil masa beberapa bulan lagi. Bermakna, ia mungkin boleh dilihat sekitar suku kedua atau ketiga tahun ini.



Semakin lambat ClubHouse menghasilkan aplikasi Android, semakin tinggi peluang ia akan dilupakan pengguna Android, yang membentuk majoriti pengguna telefon pintar di dunia. Ini kerana banyak syarikat lain sedang berlumba-lumba untuk menghasilkan aplikasi yang menyerupai fungsi ClubHouse.

Salah satu darinya adalah Spaces dari Twitter. Spaces kini dalam peringkat ujian dan ruang sembang di dalamnya hanya boleh dicipta oleh pengguna iOS sahaja. Tetapi pengguna Android turut boleh menyertai ruang sembang tersebut dan berbual bersama pengguna yang lain. Twitter menjangka ia akan membuka Spaces kepada awam sekitar bulan April dan ini boleh menggugat kedudukan ClubHouse.



Selain itu, Paul juga berkongsi tentang satu lagi ciri yang akan dibuang iaitu jemputan. ClubHouse hanya boleh disertai jika pengguna baru menerima jemputan dari pengguna lama. Tetapi ini akan dibuang dalam masa beberapa bulan lagi. Menurut Paul, membuka peluang kepada ramai orang untuk menyertai ClubHouse sangat penting, lebih-lebih lagi dengan kedatangan pengguna Android.

Aplikasi palsu ClubHouse

Sementara itu, kelihatan banyak aplikasi hasad yang kelihatan mirip dengan ClubHouse di Android timbul. Pengguna Android terutamanya diminta berhati-hati dan tidak memuat turun aplikasi palsu ini kerana ia boleh membawa masuk virus dan menecuri data-data penting pengguna seperti kata laluan dan maklumat perbankan.

Begitu juga di komputer, masih tiada aplikasi ClubHouse dihasilkan untuknya. Oleh itu, pengguna dinasihat untuk tidak terpedaya dengan penipuan untuk memasang ClubHouse di komputer. Tambah Paul, aplikasi ClubHouse untuk Windows tidak berada di senarai keutamaan mereka buat masa ini.

[Sumber: PhoneArena]

Tags: Clubhouse
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Pengguna Android perlu tunggu lebih lama untuk sertai ClubHouse

Pengguna Android perlu tunggu lebih lama untuk sertai ClubHouse

25 March 2021
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN