• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Mi MIX akan kembali, apakah kecanggihan skrinnya kali ini?

  • OLEH Najib
  • 12:22 pm
  • 26/03/2021
  • Komen
Mi MIX akan kembali, apakah kecanggihan skrinnya kali ini?
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi hari ini memberi satu petunjuk penting tentang majlis pelancaran Mega yang akan diadakan pada 29 Mac nanti. Salah satu peranti yang akan muncul adalah telefon pintar Mi MIX, sebuah siri telefon dengan rekaan luar biasa dari Xiaomi.

Kali terakhir Xiaomi memperkenal siri Mi MIX adalah pada tahun 2019, di mana mereka memperlihatkan rekaan Mi MIX Alpha di majlis pelancaran Mi 9 Pro. Ia adalah telefon pintar dengan skrin yang membaluti badan dari hadapan hingga ke belakang. Tetapi telefon ini tidak pula dijual selepas itu.



Mi MIX Alpha

Bagaimanapun, apakah rekaan canggih yang akan dibawa dalam Mi MIX terbaru ini masih tidak diketahui. Malah, tiada berita terbocor dilaporkan sesiapa mengenainya.

Antara spekulasi yang diperkatakan oleh peminat adalah telefon pintar dengan skrin boleh lipat, atau skrin boleh gulung. Sebenarnya, ada beberapa gambar yang tersebar mengenai telefon Xiaomi dengan skrin boleh lipat sebelum ini.



Ia bagaimanapun hanya menunjukkan bahagian badan yang tidak bercantum dan berfungsi. Tetapi ini mungkin menjadi asas untuk Mi MIX yang bakal Xiaomi lancarkan.

Adakah Xiaomi akan memberi kejutan lebih besar untuk Mi MIX ini, seperti yang sering mereka lakukan pada siri Mi MIX sebelum ini. Nantikannya dalam laporan kami pada majlis pelancarannya 29 Mac ini.

[Sumber: Xiaomi]

Tags: Mi MIXxiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Mi MIX akan kembali, apakah kecanggihan skrinnya kali ini?

Mi MIX akan kembali, apakah kecanggihan skrinnya kali ini?

26 March 2021
Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

3 July 2026
Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

6 July 2026
Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

7 July 2026
Smart #5 Malaysia: Varian baharu bakal tiba tidak lama lagi?

Smart #5 Malaysia: Varian baharu bakal tiba tidak lama lagi?

8 July 2026
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN