• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Kemaskini iOS 14.4.2 baiki masalah laman hasad yang menyerang pengguna iOS

  • OLEH Najib
  • 12:58 pm
  • 29/03/2021
  • Komen
Kemaskini iOS 14.4.2 baiki masalah laman hasad yang menyerang pengguna iOS
Share on FacebookShare on Twitter

Apple baru sahaja mengeluarkan kemaskini iOS 14.4.1 awal bulan ini untuk menampal kerentanan keselamatan di pelayar. Kini mereka mengeluarkan satu lagi kemaskini versi 14.4.2bagi mmebaiki satu lagi isu keselamatan. Ia dikatakan berkait rapat dengan penemuan 11 isu keselamatan yang ditemui oleh Google Project Zero, memberi kesan kepada sistem operasi Android, Windows dan Apple.

Untuk iPhone model lama yang tidak menyokong iOS 14 seperti iPhone 6 atau yang lebih lama, Apple ada mengeluarkan kemaskini iOS 12.5.2 untuk membaiki masalah yang sama. Jika anda tidak menerima notis untuk melakukan kemaskini, anda boleh mengaktifkan kemaskini ini secara manual dengan pergi ke Settings > General > Software Update dan mula memuat turun iOS 14.4.2. Saiznya sekitar 200MB sahaja.



Menurut kenyataan yang dikeluarkan Apple, kemaskini ini akan memberi kesan kepada kandungan web hasad yang boleh menyebabkan “universal cross site scripting“. Apple telah mengambil maklum berkenaan laporan tentang masalah yang telah disalahgunakan secara aktif ini. Apple juga telah menamakan Clement Lecigne dan Billy Leonard dari Kumpulan Analisis Ancaman Google di dalam isu ini.

Pasukan Google Project Zero sebelum ini telah menemui beberapa isu keselamatan di mana beberapa laman web boleh mengubah haluan pengguna yang terkesan kepada komputer pelayan lain. Terdapat pelayan yang dibangunkan khusus untuk menyerang pengguna iOS dan Windows dan pelayan lain untuk pengguna Android. Pasukan ini juga melaporkan bahawa terdapat penggodam yang memiliki pengetahuan mendalam tentang isu ini, boleh memintas sistem keselamatan di dalam sistem operasi dan aplikasi yang telah diperbetulkan.



Tags: appleapple ios 14
Najib

Najib

POPULAR

Kemaskini iOS 14.4.2 baiki masalah laman hasad yang menyerang pengguna iOS

Kemaskini iOS 14.4.2 baiki masalah laman hasad yang menyerang pengguna iOS

29 March 2021
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN