• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Teknologi Audio

JBL kembali ke pasaran Malaysia dengan barisan penuh produk gaya hidup audio

  • OLEH Najib
  • 4:17 pm
  • 01/04/2021
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

JBL merupakan satu jenama sistem audio di bawah syarikat Harman International (anak syarikat Samsung) yang dikenali ramai di peringkat antarabangsa. Mereka kini mengumumkan ketibaan barisan produk audio baru di Malaysia, merangkumi fon telinga, fon kepala, pembesar suara, dan bermacam lagi.

Terdapat lebih 30 poduk audio JBL kini boleh didapati di Malaysia. Antaranya siri Party Box, siri gaming Quantum, fon telinga TWS dan speaker Bluetooth kalis air.



Di samping itu, JBL Malaysia juga mengumumkan kerjasama mereka dengan beberapa syarikat dan artis di Malaysia. Antaranya ialah Tropicana Corporation Berhad, gym Babel dan Mustang Dance Academy. Ia akan menggerakkan kempen #JBLPeople untuk memberi peluang kepada orang ramai mencuba sendiri pelbagai produk JBL di pelbagai lokasi dan acara.

JBL juga mengumumkan kerjasama dengan ESL dalam acara ESL Mobile Open: League of Legends: Wild Rift SEA Icon Series Malaysia Summer Season 2021. Maklumat lanjut akan disiarkan di platform media sosial JBL Malaysia.



Stor Rasmi JBL di Shopee

Semua produk JBL boleh didapati menerusi Stor Rasmi JBL di Lazada dan Shopee, serta dari pengedar sah JBL di seluruh Malaysia. Beberapa pengedar sah JBL adalah seperti CG Computer, Machines, PC Image, Fotoflash, Vivid, Viewnet, ALL IT, AI Home, Access Mobile, AV World, Foto Shangri- La, I-Store, Jaben, IT One, Loop, Multics, Sprint Cass, Telstar, TMT, Worldpro, AI Sound, One Living, Seng Electric dan Keck Seng.

Maklumat lanjut tentang produk JBL boleh didapati di di laman web www.jbl.com.my.

Tags: JBL
Najib

Najib

POPULAR

JBL kembali ke pasaran Malaysia dengan barisan penuh produk gaya hidup audio

1 April 2021
Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

10 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

14 September 2026
Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

15 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN