• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme C15 dan Realme C21 diturunkan harga menjadi lebih murah

  • OLEH Najib
  • 1:34 pm
  • 02/04/2021
  • Komen
Realme C21 adalah jelmaan Realme C12, pada harga lebih murah
Share on FacebookShare on Twitter

Peminat Realme di Malaysia kini boleh mendapatkan telefon pintar Realme yang sedia murah, pada hraga baru yang lebih rendah. Realme Malaysia mengumumkan, dua model telefon pintar siri Realme C mereka akan diturunkan harga secara kekal, mulai 1 April 2021.

Dua telefon pintar tersebut adalah Realme C15 dan Realme C21. Harga barunya adalah seperti berikut:



  • Realme C15 (RAM 4GB + Storan 64GB) – RM549 RM499
  • Realme C15 (RAM 4GB + Storan 128GB) – RM699 RM599
  • Realme C21 (RAM 3GB + Storan 32GB) – RM499 RM459

Kesemua harga baru ini boleh didapati di Stor Realme di Lazada dan Shopee, serta dari semua pengedar sah Realme di Malaysia.

Realme juga akan menjual beberapa produk baru mereka pada minggu pertama bulan April ini. Salah satu darinya adalah fon telinga TWS Realme Buds Air 2, dilengkapi ANC dan mod Ambient. Ia akan mula dijual pada 3 April 2021, pada harga RM199 sahaja.



Telefon pintar Realme Narzo 30A yang baru diumumkan, akan mula dijual pada 4 April 2021. Realme turut membawakan perkakas gaming di telefon pintar, iaitu Realme Mobile Game Finger Sleeves dan Realme Cooling Back Slip, juga mula dijual pada 4 April 2021.

Realme Narzo 30A akan dijual dengan diskaun RM100 pada 4 April nanti. Diskaun juga disediakan untuk pembelian Realme Mobile Game Finger Sleeves dan Realme Cooling Back Slip, khas pada 4 April juga.

Realme Narzo 30A, pilihan telefon gaming lebih murah dari Realme
Tiga aksesori baru Realme tiba, bantu main game dengan lebih hebat
Tags: RealmeRealme C15realme c21
Najib

Najib

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Realme C21 adalah jelmaan Realme C12, pada harga lebih murah

Realme C15 dan Realme C21 diturunkan harga menjadi lebih murah

2 April 2021
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

18 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN