• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Twitter Spaces disahkan akan boleh diguna di komputer, selain iOS dan Android

  • OLEH Najib
  • 11:58 am
  • 02/04/2021
  • Komen
Twitter Spaces disahkan akan boleh diguna di komputer, selain iOS dan Android
Share on FacebookShare on Twitter

Twitter telah berusaha keras kebelakangan ini, untuk membawakan fungsi ala ClubHouse iaitu Spaces dalam masa terdekat. Buat masa ini, Spaces masih di peringkat ujian dan boleh digunakan oleh beberapa pengguna.

Kelebihan Spaces adalah ia boleh digunakan di peranti Android dan iOS, tidak seperti ClubHouse yang masih terhad untuk iOS sahaja. Bagaimanapun, dalam peringkat ujian ini, hanya pengguna iOS sahaja yang boleh memulakan bilik bicara Spaces. Pengguna Android hanya boleh menyertainya kemudian.



Dalam laporan terbaru oleh The Verge, Twitter mengesahkan satu lagi fungsi baru untuk Spaces, iaitu ia boleh digunakan di pelayar. Bermakna, ini akan membolehkannya digunakan di komputer atau mana-mana peranti yang memiliki pelayar web.

Perkara ini turut dikongsi oleh beberapa pengguna dan pembangun Twitter Spaces, tentang bagaimana Twitter Spaces digunakan di pelayar.



Twitter is working on @TwitterSpaces preview cards for the web app pic.twitter.com/wDaYfEGbCO

— Jane Manchun Wong (@wongmjane) April 1, 2021

pic.twitter.com/hIFJr5dxKm

— noah (@magusnn) March 26, 2021

Selain Twitter Spaces, Facebook juga dikhabarkan mahu membangunkan ruang sembang suara seperti ClubHouse. Perkara ini masih belum disahkan Facebook tetapi ditemui oleh seorang pengguna, Alessandro Paluzzi. Twitter pula, dikatakan mahu melancarkan Spaces pada bulan April 2021. Kita nantikan pengumuman lanjut Twitter tidak lama lagi.

[Sumber: 9to5mac]

Tags: TwitterTwitter Spaces
Najib

Najib

POPULAR

Twitter Spaces disahkan akan boleh diguna di komputer, selain iOS dan Android

Twitter Spaces disahkan akan boleh diguna di komputer, selain iOS dan Android

2 April 2021
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN