• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

LG sah berhenti hasilkan telefon pintar, tetapi masih jual model yang ada

  • OLEH Fatin Amanina
  • 3:23 pm
  • 05/04/2021
  • Komen
LG sah berhenti hasilkan telefon pintar, tetapi masih jual model yang ada
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum ini, LG ada meninggalkan tanda tanya hala tuju pasaran telefon pintarnya dan mereka telah pun kongsikan mengenainya baru-baru ini.

LG keluar dari pasaran telefon pintar

LG mengesahkan syarikat itu berhenti hasilkan telefon pintar setelah lama bertahan. Keputusan itu membolehkan LG memfokuskan kemampunan pada bidang lain seperti komponen kenderaan elektrik, item peranti bersambung (connected devices), alatan rumah pintar, robotik, kecerdasan buatan (artificial intelligence) serta platform dan perkhidmatan lain.



Menurut LG, telefon pintar model yang ada akan tetap dijual. LG juga akan beri sokongan perkhidmatan serta kemas kini perisian untuk pelanggan produk mudah alih untuk jangka masa berbeza mengikut wilayah. Dalam hal ini, LG akan bekerjasama dengan pembekal dan rakan niaga sepanjang penutupan perniagaan telefon pintar.

Perniagaan telefon bimbit dijangka ditutup sepenuhnya pada 31 Julai walaupun masih ada beberapa model lagi selepas tarikh itu.



Punca berhenti jual telefon pintar

Sebelum ini, LG ada membuat rundingan dengan Volkswagen AG Jerman dan Vingroup JSC Vietnam untuk menjual bahagian telefon pintarnya namun rundingan itu gagal.

Selain itu, LG juga mengalami kerugian selama lima tahun terakhir perniagaannya. Bahkan, mereka juga menanggung komitmen sebanyak USD5 bilion. Pada tahun lalu juga, LG telah melancarkan telefon pintar dengan rekaan pelik iaitu Velvet dan Wing namun tidak berjaya dalam keuntungan.

Perkara ini juga mungkin terjadi kerana pesaingan penghasil telefon pintar semakin banyak. Masyarakat juga ada banyak pilihan untuk beli telefon pintar dengan spesifikasi yang diperlukan dan harga yang berpatutan.

Apa yang saya lihat, iklan telefon pintar LG tidak kelihatan di TV, dibandingkan dengan telefon pintar lain seperti Samsung dan Vivo yang berlumba-lumba mengiklankan produk telefon pintar mereka. Jadi ini boleh menjadi sebab telefon pintar LG tidak mendapat perhatian ramai.

Jadi, selepas ini tidak ada lagi model telefon pintar baru keluaran LG. Tetapi anda masih boleh memiliki peralatan elektronik LG seperti TV, mesin basuh, peti ais, penghawa dingin, penyedut hampagas serta banyak item lain di pasaran.

[Sumber: LG]

Tags: lg
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

LG sah berhenti hasilkan telefon pintar, tetapi masih jual model yang ada

LG sah berhenti hasilkan telefon pintar, tetapi masih jual model yang ada

5 April 2021
Smart #5 Malaysia: Varian baharu bakal tiba tidak lama lagi?

Smart #5 Malaysia: Varian baharu bakal tiba tidak lama lagi?

8 July 2026
Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

6 July 2026
RedMagic 11S Pro rasmi: Snapdragon 8 Elite & bateri 7,500mAh, harga bermula RM3,799

RedMagic 11S Pro rasmi: Snapdragon 8 Elite & bateri 7,500mAh, harga bermula RM3,799

7 July 2026
Microsoft Surface Pro 12 & Surface Laptop 8 dikuasakan Snapdragon X2 kini rasmi, dari RM6,999

Microsoft Surface Pro 12 & Surface Laptop 8 dikuasakan Snapdragon X2 kini rasmi, dari RM6,999

9 July 2026
GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

13 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN