Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 14 Apr, 2021

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Clubhouse buka peluang pengguna beri duit kepada pencipta kandungan dengan ciri ini

Tidak lama lagi, semua pengguna Clubhouse boleh mengirim pembayaran kepada pencipta kandungan di aplikasi itu. Mereka mengumumkan bakal bekerjasama dengan platform pembayaran Stripe, bagi menawarkan ciri pembayaran itu kepada semua pengguna. Ia akan dilancarkan secara bertahap bermula dengan kumpulan ujian kecil.

Berdasarkan tangkap layar yang dikongsikan oleh Clubhouse, akan ada butang Send Money pada profil pencipta kandungan yang terpilih untuk menerima bayaran. Jadi, pengguna hanya perlu tekan butang itu untuk mengirimkan wang.

Kemudian, pengguna hanya perlu masukkan jumlah yang ingin diberikan. Jika kali pertama melakukannya, anda akan diminta untuk mendaftarkan kad kredit atau debit terlebih dahulu.

100% pembayaran akan diserahkan kepada pencipta kandungan tersebut. Individu yang menghantar wang juga akan dikenakan sedikit kos pemprosesan kad dan kos itu akan disalurkan terus kepada Stripe. Nampaknya, Clubhouse tidak mengambil apa-apa caj bayaran dalam ciri baru ini.

Pada bulan lepas, Clubhouse mengadakan satu program yang dinamakan “Clubhouse Creator First”. Melalui program itu, pengguna terpilih boleh menjana pendapatan sambil menghasilkan kandungan yang mereka suka. Oleh itu, ciri Send Money ini mungkin sebagai langkah pertama Clubhouse bagi membolehkan pencipta kandungan menjana pendapatan.

Namun sistem Stripe itu tiada di Malaysia, jadi Clubhouse mungkin boleh perluaskan lagi sistem pembayaran supaya semua pengguna dapat merasai pengalaman menggunakan ciri ini.

Apa yang saya lihat, platform pembayaran ini boleh digunakan oleh pencipta kandungan untuk menjana mendapatan, cuma mereka perlu pastikan kandungan yang dihasilkan dalam bilik audio adalah menarik dan pengguna tertarik untuk bayar.

Anda ada minat mana-mana pencipta kandungan di Clubhouse? dan anda rasa berbaloi tak untuk bayar pencipta kandungan itu?

[Sumber: Gizmodo, Clubhouse]

[Gambar: Hypebeast]