• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Clubhouse buka peluang pengguna cari duit melaluinya dengan cara ini

  • OLEH Fatin Amanina
  • 5:21 pm
  • 16/03/2021
  • Komen
Clubhouse buka peluang pengguna cari duit melaluinya dengan cara ini
Share on FacebookShare on Twitter

Clubhouse mengadakan satu program yang dinamakan “Clubhouse Creator First”. Melalui program tersebut, pengguna boleh menjana pendapatan sambil menghasilkan kandungan yang mereka suka.

Namun, setakat ini Clubhouse hanya mencari 20 pencipta kandungan sahaja untuk menyertai program tersebut. Untuk menyertainya, anda boleh membuat permohonan melalui borang dalam talian di sini.



https://twitter.com/joinClubhouse/status/1371152823631577089

Bila anda memohon, anda akan diminta untuk mengisi beberapa data peribadi, maklumat co-host jika ada dan jenis kandungan yang akan anda hasilkan.

Anda juga diminta untuk menyerahkan sample audio kandungan sendiri berdurasi 3 minit dan ia akan disemak oleh pihak Clubhouse. Tarikh akhir permohonan adalah pada 31 Mac 2021.



Kemaskini Clubhouse

Selain daripada mengadakan program, Clubhouse juga menambah beberapa kemaskini buat penggunanya. Antara pembaharuan yang dilakukan ialah:

1. Jemputan guna nombor telefon

Kebiasaannya, untuk menghantar jemputan Clubhouse, pengguna perlu membenarkan akses ke senarai kenalan di dalam telefon. Namun, selepas ini pengguna hanya perlu memasukkan nombor telefon kenalan yang ingin dijemput.

Oleh itu, jika anda tidak menyimpan nombor seseorang di dalam kenalan telefon anda, anda masih boleh menjemputnya untuk menyertai Clubhouse.

2. Penapisan bahasa

Clubhouse kini mampu meneka bahasa room yang pengguna cenderung untuk sertai. Oleh itu, Clubhouse akan cuba mencadangkan room dengan bahasa yang pengguna akan sertai sahaja.

3. Kongsi pautan

Kini, pengguna boleh mencipta pautan ke profil Clubhouse sendiri. Pautan itu boleh dikongsikan kepada individu lain agar mereka boleh ikuti anda di Clubhouse. Untuk mendapatkan pautan itu, anda hanya perlu klik ikon share yang ada di profil anda.

Selain itu, anda juga boleh kongsikan pautan club page (laman kelab) untuk menjemput pengguna lain menyertainya. Untuk mendapatkan pautan, anda hanya perlu tekan tanda “…” pada club page, kemudian tekan share a link.

Namun begitu, saya belum dapat akses ciri kongsi pautan ini lagi. Mungkin ia akan di perluaskan kepada umum secara berperingkat.

https://twitter.com/joinClubhouse/status/1371154013769453573

Kemaskini ini dilihat dapat memudahkan pengguna menjemput ramai individu menyertai Clubhouse dengan mudah. Ciri baru ini juga akan membuatkan pengguna menjadi lebih aktif di aplikasi Clubhouse, kerana pengguna akan lebih mudah menyertai mana-mana club page.

[Sumber: Clubhouse]

Tags: Clubhouse
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Clubhouse buka peluang pengguna cari duit melaluinya dengan cara ini

Clubhouse buka peluang pengguna cari duit melaluinya dengan cara ini

16 March 2021
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER