• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Fasa 1 JENDELA menepati sasaran, pembinaan 5G dipercepat tahun ini

  • OLEH Najib
  • 5:10 pm
  • 07/04/2021
  • Komen
Fasa 1 JENDELA menepati sasaran, pembinaan 5G dipercepat tahun ini
Share on FacebookShare on Twitter

Fasa 1 perancangan JENDELA menepati sasaran yang dijadualkan, berikut diterangkan di dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Dato’ Saifuddin Abdullah. Ia dilaporkan di dalam laporan prestasi JENDELA untuk suku pertama tahun 2021.

Dalam laporan tersebut, semua syarikat telekomunikasi berjaya mencapai lebih dari sasaran yang ditetapkan, untuk peningkatan liputan jalur lebar dan talian mudah alih.



Dari Januari hingga Mac 2021, sebanyak 292,826 premis baru telah memiliki capaian ke jalur lebar fibre gigabit, pencapaian sebanyak 132.3% dari sasaran asal.Manakala terdapat 26 tapak liputan mudah alih baharu iaitu 116% dari sasaran, dan sebanyak 3,278 tapak dinaik taraf menjadikannya 101.7% dari sasaran.

Sehingga 31 Mac 2021, Malaysia telah mencapai 5.707 juta premis dengan capaian jalur lebar fiber dengan 93.51% liputan 4G di kawasan berpenduduk. Tetapi hampir tiada peningkatan dari segi kelajuan purata, di mana JENDELA mensasarkan peningkatan ke 35Mbps.



Dari laporan ini, purata kelajuan kini adalah 25.44Mbps iaitu peningkatan sebanyak 1.76%. Malah, purata kelajuan ini sebenarnya menurun berbanding Disember 2020 iaitu 25.6Mbps. SKMM menggunakan maklumat daripada Ookla untuk memantau kelajuan purata jalur lebar mudah alih.

Berdasarkan maklumat ini, liputan 4G di Malaysia meningkat pada kadar 1.48% setiap suku tahunan. Penyerahan pelan Fasa 1 JENDELA telah ditutup pada 31 Mac 2021 dan ia dikhabarkan akan bermula pada suku ketiga 2021. Fasa 1 projek akan melihat sebanyak 1,661 menara pemancar dibina di 106 kluster, kebanyakannya di kawasan luar bandar.

Untuk liputan jalur lebar fiber, ia kini bertambah sebanyak 300,000 premis pada setiap suku tahun. Awal tahun ini, TM mengumumkan bahawa mereka telah melepasi sasaran JENDELA dan komited untuk menyiapkan lagi 300,000 premis pada separuh pertama tahun ini. Sehingga kini, terdapat 1.79 premis lagi di dalam Fasa 1 dan pemasangan masih di dalam jadual dengan sasaran ia disiapkan pada penghujung 2022.

Peningkatan yang masih perlu belum dapat dicapai adalah kelajuan purata muat turun. Walaupun dengan pertambahan menara pemancara, Malaysia masih jauh ketinggalan dari mencapai kelajuan purata 35Mbps. Seperti laporan Ookla Speedtest pada Disember 2020, kelajuan talian mudah alih Malaysia ketinggalan berbanding 6 negara ASEAN, termasuk Vietnam, Laos dan Myanmar.

[Sumber: KKMM]

Tags: JENDELASaifuddin AbdullahSKMM
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Fasa 1 JENDELA menepati sasaran, pembinaan 5G dipercepat tahun ini

Fasa 1 JENDELA menepati sasaran, pembinaan 5G dipercepat tahun ini

7 April 2021
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN