• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Mi Band 6 ditawarkan dengan diskaun untuk pembeli terawal

  • OLEH Najib
  • 12:49 pm
  • 07/04/2021
  • Komen
Mi Band 6 ditawarkan dengan diskaun untuk pembeli terawal
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi merupakan pengeluar gelang kecergasan nombor satu di dunia dan mereka baru sahaja melancarkan model terbaru, Mi Smart Band 6. Ia akan dijual di Malaysia tidak lama lagi dengan diskaun eksklusif untuk pembeli terawal di Lazada.

Mi Smart Band 6 akan dijual di Malaysia bermula dari 15 April 2021 di Stor Rasmi Xiaomi di Lazada dan Shopee, serta kedai Mi Store dan semua pengedar sah Xiaomi di Malaysia. Harga rasminya telah ditetapkan pada RM189, lebih tinggi dari Mi Smart Band 5 semasa dilancarkan iaitu RM169.



Tetapi eksklusif di Lazada pada 15 April 2021, peminat boleh mendapatkan Mi Smart Band 6 pada harga diskaun RM20 iaitu RM169 sahaja. Tawaran ini diberikan sementara stok masih ada.

Terdapat enam warna tali boleh tukar untuk Mi Smart Band 6 iaitu hitam, oren, kuning, hijau, ivory dan biru.



Antara naik taraf yang terdapat di Mi Smart Band 6 adalah skrin AMOLED 1.56-inci, 50% lebih luas, serta sensor oksigen dalam darah atau SpO2. Tahap SpO2 ini dikesan melalui sensor PPG baru, yang turut memantau denyutan nadi sepanjang masa.

Di samping itu, Mi Smart Band 6 mengekalkan beberapa ciri sedia ada seperti penjejak langkah, pemantau kualiti tidur, pemantau tekanan, pemantau kesihatan wanita dan beberapa ciri pintar lain termasuk memaparkan notifikasi dan menjadi alat kawalan jauh untuk mengambil gambar di telefon pintar.

Hayat bateri Mi Smart Band 6 masih kekal panjang, sehingga 14 hari dengan sekali cas. Ia menggunakan pengecas magnetik yang pertama kali diperkenal di Mi Smart Band 5, menjadikan pengecasan lebih mudah disambung. Bateri sebesar 125mAh di dalamnya mengambil masa kurang dari 2 jam untuk dicas penuh.

Untuk melihat data yang terkumpul di Mi Smart Band 6, pengguna boleh memadankannya dengan aplikasi Mi Wear atau Mi Fit, serta ia serasi untuk dipautkan ke apikasi Strava. Menggunakan Bluetooth 5.0, Mi Smart Band 6 boleh berhubung dengan peranti yang menggunakan Android 5.0 dan ke atas, atau iOS 10 dan ke atas.

Tags: xiaomiXiaomi Mi Band 6
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Mi Band 6 ditawarkan dengan diskaun untuk pembeli terawal

Mi Band 6 ditawarkan dengan diskaun untuk pembeli terawal

7 April 2021
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN