• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Mi Smart Band 6 kini dengan pemantau oksigen dalam darah pada harga lebih tinggi

  • OLEH Najib
  • 11:49 am
  • 30/03/2021
  • Komen
Mi Smart Band 6 kini dengan pemantau oksigen dalam darah pada harga lebih tinggi
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang dipertunjukkan lebih awal, Xiaomi memperkenalkan gelang pintar terbaru mereka, Mi Smart Band 6 di acara pelancaran Mega Xiaomi. Ia dilengkapi dengan beberapa naik taraf, antaranya skrin lebih besar dan sensor pemantau baru.

Mengekalkan rupa yang sama seperti Mi Band sebelumnya, Mi Smart Band 6 kini memiliki skrin lebih luas dengan bingkai lebih kecil. Skrin ini 50% lebih luas berbanding Mi Smart Band 5. Ia berukuran 1.56-inci dari jenis AMOLED, dengan kepadatan piksel 326PPI. Ini memberikan paparan yang lebih luas untuk dilihat pengguna.



Xiaomi turut memasang sensor oksigen dalam darah atau SpO2, kini tetap untuk semua Mi Smart Band 6. Tahun lepas, ia hanya terdapat di model di China sahaja, tiada untuk pasaran antarabangsa. Pemantauan SpO2 dilakukan menggunakan sensor PPG baru, yang turut memantau denyutan nadi sepanjang masa.

Di samping itu, Mi Smart Band 6 mengekalkan beberapa ciri sedia ada seperti penjejak langkah, pemantau kualiti tidur, pemantau tekanan, pemantau kesihatan wanita dan beberapa ciri pintar lain termasuk memaparkan notifikasi dan menjadi alat kawalan jauh untuk mengambil gambar di telefon pintar.



Sebagai gelang kecergasan, Mi Smart Band 6 memiliki keupayaan mengesan 6 aktiviti kecergasan secara automatik, jadi pengguna tidak terlepas merakam sukan yang dilakukan walau terlupa mengaktifkannya. Selain itu, pengguna juga boleh memilih salah satu dari 30 mod kecergasan yang terbina di dalamnya, seperti menari, bermain bola keranjang atau bertinju. Dengan pengiktirafan kalis air 5 ATM, ia juga boleh dibawa ketika berenang di dalam kolam.

Hayat bateri Mi Smart Band 6 masih kekal panjang, sehingga 14 hari dengan sekali cas. Ia menggunakan pengecas magnetik yang pertama kali diperkenal di Mi Smart Band 5, menjadikan pengecasan lebih mudah disambung. Bateri sebesar 125mAh di dalamnya mengambil masa kurang dari 2 jam untuk dicas penuh.

Untuk melihat data yang terkumpul di Mi Smart Band 6, pengguna boleh memadankannya dengan aplikasi Mi Wear atau Mi Fit, serta ia serasi untuk dipautkan ke apikasi Strava. Menggunakan Bluetooth 5.0, Mi Smart Band 6 boleh berhubung dengan peranti yang menggunakan Android 5.0 dan ke atas, atau iOS 10 dan ke atas.

Xiaomi menyediakan enam warna tali boleh tukar untuk Mi Smart Band 6 iaitu hitam, oren, kuning, hijau, ivory dan biru. Di Eropah, Mi Smart Band 6 dijual pada harga EUR44.99 (~RM220). Harga ini lebih mahal dari Mi Smart Band 5 ketika dilancarkan iaitu EUR39.99.

Buat masa ini, jualan dan harganya di Malaysia masih belum diketahui. Melihatkan kenaikan harga di Eropah, ia pasti memiliki harga yang lebih tinggi juga di Malaysia nanti. Kita tunggu pengumuman dari Xiaomi Malaysia tidak lama lagi.

Tags: xiaomiXiaomi Mi Band 6
Najib

Najib

POPULAR

Mi Smart Band 6 kini dengan pemantau oksigen dalam darah pada harga lebih tinggi

Mi Smart Band 6 kini dengan pemantau oksigen dalam darah pada harga lebih tinggi

30 March 2021
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN