• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

5 unit Oppo Reno 5f boleh dimenangi penonton di majlis pelancarannya

  • OLEH Najib
  • 1:22 pm
  • 08/04/2021
  • Komen
5 unit Oppo Reno 5f boleh dimenangi penonton di majlis pelancarannya
Share on FacebookShare on Twitter

Siri Oppo Reno 5 telah dilancarkan di Malaysia awal tahun ini. Terdapat dua model diperkenal ketika itu, Reno 5 dan Reno 5 Pro. Tidak lama lagi, satu lagi ahli kelaurga Reno 5 akan dilancarkan di Malaysia, dengan harga lebih murah dan spesifikasi lebih rendah, dikenali sebagai Oppo Reno 5f.

Majlis pelancaran Oppo Reno 5f akan diadakan pada hari Khamis, 15 April 2021 pukul 3.30 petang. Oppo akan menyiarkan acara ini secara langsung menerusi Facebook dan YouTube Oppo Malaysia. Oppo turut menjemput artis Malaysia, MK K-Clique dan LOCA B untuk menghangatkan lagi majlis.



Selain itu, Oppo Malaysia juga ada menyediakan pertandingan untuk penonton, di mana hadiah yang disediakan berupa telefon pintar Oppo Reno 5f sendiri sebanyak 5 unit, serta Oppo Band. Bentuk soalan dan jawapan akan diberikan sepanjang majlis pelancaran tersebut, jadi harus menontonnya dari awal sehingga tamat.

Di samping itu, Oppo telah membuka tempahan awal untuk Oppo Reno 5f tanpa memberitahu harga jualannya. Tempahan awal ini memerlukan pengguna membayar wang pendahuluan RM100 dan Oppo membalas kepercayaan pengguna dengan memberikan hadiah percuma bernilai RM238, dalam bentuk jaminan keretakan skrin selama 1 tahun dan sekotak hadiah.



Tempahan awal ini boleh dibuat di laman tempahan Oppo Reno 5f, aplikasi My Oppo Space, Stor Jenama Oppo dan Pengedar Sah Oppo di seluruh Malaysia, selewatnya pada 14 April 2021.

Spesifikasi

Oppo Reno 5f ditemui telah pun dilancarkan di Kenya. Melihatkan rupanya yang serupa dengan gambar yang dikongsi oleh Oppo Malaysia, boleh dijangka ia juga memiliki spesifikasi yang hampir sama.

Di Kenya, Oppo Reno 5f dikuasakan cip Mediatek Helio P95, bersama RAM LPDDR4x 8GB dan storan dalaman 128GB. Skrinnya dari jenis AMOLED 60Hz HD Penuh, berukuran 6.43-inci. Pengimbas capjari terdapat di dalam skrin.

Di belakang, ia dilengkapi 4 kamera iaitu kamera utama 48MP F1.7, kamera ultra lebar 8MP F2.2, kamera makro 2MP F2.4 dan kamera potret 2MP F2.4. Terdapat lubang di sudut atas skrin, memuatkan kamera hadapan 32MP F2.4.

Tenaga pula disalur dari bateri 4,310mAh dengan sokongan pengecasan pantas VOOC 30W melalui sambungan USB-C. Sistem operasi ColorOS 11.1 berasaskan Android digunakan di dalam Oppo Reno 5f.

Terdapat dua warna disediakan untuk Oppo Reno 5f iaitu ungu dan hitam. Ia adalah warna gradien yang memantulkan warna berbeza apabila dilihat dari sudut berlainan.

Perbezaan utama Reno 5f berbanding model Reno 5 yang lain ialah ketiadaan sokongan 5G. Maka tidak hairanlah jika harganya juga jauh lebih rendah.

Harga

Walaupun Oppo Malaysia belum mengumumkan harganya secara rasmi, Urban Republic, salah satu penjual gajet di Malaysia telah memuat naik laman menjual Oppo Reno 5f. Ia dijual pada harga RM1,199 dengan RAM 8GB dan storan 128GB.

Harga ini memang jauh lebih rendah berbanding Oppo Reno 5 5G iaitu RM1,899 yang memiliki perkakas lebih hebat seperti skrin AMOLED 90Hz, pemproses Snapdragon 765G, kamera 64MP dan pengecasan pantas SuperVOOC 65W.

Jika anda merasakan ia berbaloi, maka bolehlah buat tempahan awal Oppo Reno 5f sebelum 14 April, untuk menerima hadiah percuma ebrnilai RM238.

Tags: oppoOppo Reno 5f
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
5 unit Oppo Reno 5f boleh dimenangi penonton di majlis pelancarannya

5 unit Oppo Reno 5f boleh dimenangi penonton di majlis pelancarannya

8 April 2021
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN