• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple Store pertama di Malaysia bakal dibuka tahun hadapan

  • OLEH Najib
  • 11:32 am
  • 11/04/2021
  • Komen
Tinjauan awal ke Exchange 106 di TRX, ikon terbaru Kuala Lumpur
Share on FacebookShare on Twitter

Laporan terbaru dari The Edge Malaysia ada menyebut bahawa Apple akan membuka stor rasmi pertama mereka di Malaysia, seawal tahun hadapan. Lokasi Apple Store pertama Malaysia dikhabarkan terletak di bangunan The Exchange TRX, hab perniagaan dan kewangan terbaru di Malaysia.

Menuru sumber The Edge, wakil Apple Store Retails telah melawat Malaysia baru-baru ini untuk berbincang dengan pihak pengurusan The Exchange TRX. Dilaporkan bahawa perbincangan ini telah mencapai tahap lebih lanjut. Manakala sumber The Edge yang lain menyebut, masih banyak perkara harus diteliti dan diperlukan sebelum Apple Store pertama dibuka di Malaysia.



Apple Store Marina Bay Sands

Jika laporan ini benar, ini akan menjadikan Malaysia sebagai pasaran ketiga di Asia Tenggara memiliki Apple Store, selepas Singapura dan Thailand. Buat masa ini, ada tiga Apple Store dibuka di Singapura (Orchard Road, Jewel Changi dan Marina Bay Sands) serta dua di Thailand (Iconsiam dan Central World).

The Exchange adalah komponen perniagaan di dalam hab Tun Razak Exchange, yang menyediakan 1.3 juta kaki persegi ruang perniagaan. The Exchange TRX menjanjikan jenama baru ke pasaran, kedai jenama flagship, pengalaman makan minum baharu, ruang santai dan konsep hiburan merangkumi lebih 400 kedai. Ia juga menampilkan taman di atas bumbung seluas 10 ekar, dan sambungan terus ke MRT Sungai Buloh – Kajang (SBK), dan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP).



Beberapa penyewa lain yang dilaporkan akan dibuka di The Exchange TRX adalah Seibu, kedai barangan mewah dari Jepun, yang mengambil ruang seluas 250,000 kaki persegi meliputi 4 tingkat. Dairy Farm International juga dikahabarkan akan membuka kedia makanan premium, manakala Golden Screen Cinemas (GSC) merancang untuk membuka pawagam premium mereka di sana.

Ruang perniagaan di The Exchange TRX dijadualkan akan dibuka pada tahun 2022.

[Sumber: The Edge, @XavierNaxa]

Tags: appleApple Store
Najib

Najib

POPULAR

Tinjauan awal ke Exchange 106 di TRX, ikon terbaru Kuala Lumpur

Apple Store pertama di Malaysia bakal dibuka tahun hadapan

11 April 2021
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN