• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PROMO: Jimat sehingga RM798 dengan Pek Ekosistem Galaxy Violet Edisi Terhad

  • OLEH Najib
  • 4:13 pm
  • 15/04/2021
  • Komen
PROMO: Jimat sehingga RM798 dengan Pek Ekosistem Galaxy Violet Edisi Terhad
Share on FacebookShare on Twitter

Peminat warna ungu kini boleh mendapatkan penjimatan sehingga RM798 jika mendapatkan peranti ekosistem terbaru Samsung ini. Samsung Malaysia hari ini mengumumkan Edisi Violet terhad untuk telefon pintar, jam pintar dan fon telinga Samsung.

Dikenali sebagai Pek Ekosistem Galaxy Violet Edisi Terhad, di dalamnya terdapat telefon pintar Samsung Galaxy S21 atau S21+, jam pintar Galaxy Watch Active 2 dan fon telinga Galaxy Buds Pro, semuanya berwarna ungu. Pek ekosistem ini memberikan penjimatan sehingga RM798, berbanding membelinya secara berasingan.



Pek ekosistem Galaxy ini ditawarkan dengan dua telefon pintar berbeza, Galaxy S21 256GB atau Galaxy S21+ 256GB. Perbezaan kedua-dua telefon ini hanyalah pada saiz skrin dan kapasiti bateri sahaja. Jadi pengguna boleh memilih mahukan skrin kecil Galaxy S21 atau skrin lebih besar Galaxy S21+.

Harga untuk Pek Ekosistem Galaxy ini adalah:



Galaxy S21 5G 256GB (bernilai RM3,699)
Galaxy Buds Pro (bernilai RM799)
Galaxy Watch Active 2 (bernilai RM799)
= RM4,599 (jimat RM698 dari harga rasmi RM5,297)

Galaxy S21+ 5G 256GB (bernilai RM4,299)
Galaxy Buds Pro (bernilai RM799)
Galaxy Watch Active 2 (bernilai RM799)
= RM5,099 (jimat RM798 dari harga rasmi RM5,897)

Bagaimanapun, sebagaimana namanya, ia ditawarkan dalam unit yang sangat terhad. Hanya terdapat 400 unit untuk Pek Ekosistem Galaxy S21, dan 600 unit bagi Pek Ekosistem Galaxy S21+. Keseluruhannya, hanya ada 1,000 unit untuk edisi terhad Violet ini. Jualan dibuka mulai 15 hingga 30 April 2021.

Pembelian boleh dibuat secara dalam talian, atau pergi ke kedai fizikal dan pengedar Samsung terpilih iaitu:

  1. Stor Online Samsung Malaysia
  2. Semua Stor Samsung Experience (SES)
  3. Semua kedai fizikal dan online Senheng, Grand Senheng & SenQ
  4. Semua kedai fizikal Urban Republic
  5. Kedai AEON terpilih (AEON Taman Maluri, AEON AU2, AEON Mid Valley, AEON IOI Mall
  6. Semua kedai fizikal Best Denki
  7. Semua kedai fizikal Harvey Norman
  8. Stor Rasmi Samsung di Lazada
  9. Stor Rasmi Samsung di Shopee

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini, layari laman Promosi Samsung Galaxy Ecosystem.

Tags: samsungSamsung Galaxy Buds ProSamsung Galaxy S21samsung galaxy watch active 2
Najib

Najib

POPULAR

PROMO: Jimat sehingga RM798 dengan Pek Ekosistem Galaxy Violet Edisi Terhad

PROMO: Jimat sehingga RM798 dengan Pek Ekosistem Galaxy Violet Edisi Terhad

15 April 2021
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

8 April 2026
Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

10 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Vivo V70 FE Malaysia: Telefon bawah RM2,000 dengan bateri 7,000mAh dan kamera 200MP

Vivo V70 FE Malaysia: Telefon bawah RM2,000 dengan bateri 7,000mAh dan kamera 200MP

10 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN