• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Care+ sedia perlindungan peranti akibat kecuaian pengguna seperti terjatuh & masuk air

  • OLEH Najib
  • 11:13 am
  • 15/04/2021
  • Komen
Samsung Care+ sedia perlindungan peranti akibat kecuaian pengguna seperti terjatuh & masuk air
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung Malaysia hari ini mengumumkan kedatangan Samsung Care+, sebuah pelan perlindungan menyeluruh yang menyediakan kemudahan membaiki sebarang kerosakan peranti jika berlaku kecelakaaan kepada telefon pintar atau tablet Samsung mereka. Hanya membayar tambahan sekali dan pelanggan akan mendapat perlindungan lebih baik daripada kerosakan pengeluar sahaja.

Secara ringkas, Samsung Care+ adalah pelan insuran untuk peranti Samsung. Ia meliputi kerosakan yang berlaku akibat kecuaian pengguna, seperti tertumpah air dan terjatuh sehingga retak skrin atau badan peranti. Jika kemalangan ini berlaku, pengguna tidak lagi perlu membayar untuk membaiki kerosakan sebegini.



Samsung Care+ juga menjamin penggantian perkakas yang tulen sewaktu dibaiki dan dilakukan oleh Pusat Servis Samsung Berdaftar sahaja. Lebih baik lagi, Samsung menyediakan pengambilan dan penghantaran peranti dari rumah secara percuma. Jadi pengguna tidak perlu keluar rumah untuk menghantarnya dibaiki.

Tetapi pengguna harus mengambil perhatian terhadap beberapa kerosakan yang tidak dilindungi Samsung Care+. Antaranya kekurangan akibat penggunaan biasa, sokongan penggantian data di dalam peranti, kerosakan akibat penggunaan perisian yang tidak dibenarkan, virus atau akibat perisian, dan kerosakan disebabkan infrastruktur rangkaian atau masalah perkhidmatan langganan.



Jika anda berminat untuk melanggan Samsung Care+, anda boleh memilihnya dari dua pelan yang disediakan, 1 tahun atau 2 tahun. Tetapi sebelum itu, Samsung Care+ hanya boleh dilanggan untuk peranti yang baru dibeli, dalam tempoh 14 hari selepas pembelian, di Stor Samsung Experiences yang boleh disemak di sini.

Harga pelan Samsung Care+ berbeza mengikut jenis peranti. Berikut adalah harga pelan Samsung Care+:

Apabila kerosakan berlaku, pelanggan boleh menghubungi talian Samsung Care+ di nombor +603 9078 4999, dari pukul 9 pagi sehingga 6 petang, setiap hari termasuk Cuti Umum. Selepas disahkan, peranti akan diambil dari rumah pengguna dan dipulangkan selepas siap dibaiki.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pelan perlindungan ini, layari laman web Samsung Care+.

Tags: samsungSamsung Care+
Najib

Najib

POPULAR

Samsung Care+ sedia perlindungan peranti akibat kecuaian pengguna seperti terjatuh & masuk air

Samsung Care+ sedia perlindungan peranti akibat kecuaian pengguna seperti terjatuh & masuk air

15 April 2021
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

27 April 2026
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN