• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

SKMM bertindak terhadap iklan judi hari raya, nasihat orang ramai jangan kongsi

  • OLEH Najib
  • 2:01 pm
  • 16/04/2021
  • Komen
SKMM bertindak terhadap iklan judi hari raya, nasihat orang ramai jangan kongsi
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini telah tular di media sosial berkenaan satu iklan judi yang menggunakan tema Hari Raya. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengambil maklum mengenai perkara tersebut dan bertindak untuk menyekat akses ke atas kandungan yang dilihat melanggar peruntukan undang-undang di Malaysia.

Kegiatan judi dan promosi judi dalam talian adalah tertakluk di bawah Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953, di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM). SKMM telah bekerjasama dengan PDRM untuk operasi tindakan sekatan secara laluan pantas (fast-track). Dengan ini, PDRM boleh mengarahkan penyedia perkhidmatan Internet untuk menyekat akses ke atas laman sesawang yang terlibat.



SKMM juga telah menghubungi pihak penyedia platform media seperti Facebook, Twitter, dan YouTube untuk menurunkan kandungan berkenaan mengikut terma perkhidmatan serta piawaian komuniti yang ditetapkan oleh pihak mereka, yang berpangkalan di luar negara.

Iklan tersebut menunjukkan cerita yang mengajak umat Islam untuk berjudi bagi mencari wang agar dapat pulang berhari raya. Sedangkan judi adalah satu perkara yang dilarang di dalam Islam. Malah, Malaysia melarang penglibatan umat Islam dalam berjudi.



Kuasa melarang umat Islam berjudi tertakluk di bawah bidang kuasa agama Islam negeri. Misalnya di Selangor, umat Islam yang didapati bersalah kerana berjudi boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

Sumber

Sehubungan itu, SKMM menasihatkan supaya semua yang terlibat seperti pihak produksi dan pelakon, seharusnya perlu lebih peka untuk tidak turut sama bersubahat dalam kegiatan mempromosikan judi dalam talian, yang jelas merupakan satu kesalahan.

Penghasilan kandungan adalah tertakluk kepada Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia untuk dipatuhi oleh mereka yang terlibat dengan penghasilan dan pengedaran kandungan. Dalam kebebasan menyediakan kandungan, penyedia harus mengikuti kod kandungan yang sesuai dengan norma masyarakat Malaysia yang majmuk.

SKMM juga meminta supaya orang ramai untuk sama-sama bertanggungjawab dengan tidak menyebarluaskan kandungan ini, sebaliknya melaporkan terus perkara-perkara seperti ini untuk tindakan susulan oleh pihak berkuasa. Perbuatan berkongsi ini hanya membantu menambah promosi kandungan yang tidak senonoh ini.

[Sumber: SKMM]

Tags: SKMM
Najib

Najib

POPULAR

Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
SKMM bertindak terhadap iklan judi hari raya, nasihat orang ramai jangan kongsi

SKMM bertindak terhadap iklan judi hari raya, nasihat orang ramai jangan kongsi

16 April 2021
Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

3 July 2026
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026
Proton S70 dipilih sebagai Teksi Madani, wajah baharu teksi Malaysia dilengkapi JPJePlate

Proton S70 dipilih sebagai Teksi Madani, wajah baharu teksi Malaysia dilengkapi JPJePlate

3 July 2026
WhatsApp mula perkenalkan ciri ‘username’, ini cara tempah nama pilihan anda

WhatsApp mula perkenalkan ciri ‘username’, ini cara tempah nama pilihan anda

30 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN