• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

MAS perkenal MHFlyPass, pas untuk terbang sehingga 6x setahun tanpa sekatan tarikh

  • OLEH Najib
  • 1:36 pm
  • 19/04/2021
  • Komen
MAS perkenal MHFlyPass, pas untuk terbang sehingga 6x setahun tanpa sekatan tarikh
Share on FacebookShare on Twitter

Pernahkah anda dengan tentang pas AirAsia Unlimited? Ia memberikan anda pas penerbangan tanpa had selama setahun jika memilikinya. Kini Malaysia Airlines (MAS) turut memperkenal pas yang hampir serupa, dikenali sebagai MHFlyPass dari serendah RM499, tetapi ia bukanlah penerbangan tanpa had.

MHFlyPass adalah pas penerbangan MAS yang memberikan anda sehingga 3 kali penerbangan pergi pulang, atau 6 penerbangan sehala untuk destinasi domestik. Walaupun ia bukanlah penerbangan tanpa had, ia memberikan banyak keistimewaan, seperti:



  • Perkhidmatan keutamaan – keutamaan daftar masuk, keutamaan menaiki pesawat, keutamaan bagasi
  • Tiada tarikh hitam – boleh terbang pada bila-bila masa dalam tempoh setahun
  • Perubahan tarikh tanpa had – boleh mengubah tarikh untuk terbang kemudian atau lebih awal
  • Elaun bagasi tambahan – 7kg untuk kabin dan 35kg untuk daftar masuk
  • Percuma makanan dan minuman – termasuk kudapan

Walaupun untuk penerbangan domestik, harga pas MHFlyPass ini berbeza mengikut zon. Ia dibahagikan mengikut tiga zon. Zon 1 adalah penerbangan dari satu tempat ke satu tempat lain di dalam Semenanjung Malaysia sahaja, atau di dalam Sabah sahaja, atau di dalam Sarawak sahaja.

Zon 2 pula penerbangan di antara Sabah/Sarawak dan Kuala Lumpur, atau dari mana-mana lokasi di Semenanjung Malaysia melalui transit di Kuala Lumpur. Zon 3 adalah penerbangan di mana-mana lokasi di antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak melalui transit di Kuala Lumpur.



Selain itu, terdapat satu lagi pas khas Borneo iaitu MASwings Fly Pass. Pas ini meliputi penerbangan oleh MASwings yang terdapat di Sabah dan Sarawak.

Harga untuk pas eksklusif ini adalah seperti berikut:

  • MHFlyPass Zon 1 – RM699 RM499
  • MHFlyPass Zon 2 – RM1,399 RM1,199
  • MHFlyPass Zon 3 – RM1,599 RM1,399
  • MASwings Fly Pass – RM699 RM499

Dari ruangan Terma dan Syarat, antara perkara yang perlu diketahui adalah pas ini hanya boleh dibeli oleh pemegang keahlian Enrich sahaja. Jika anda bukan ahli Enrich, ia boleh didaftar secara percuma di sini.

Pembelian pas ini hanya terdapat di laman web Malaysia Airlines sahaja dan boleh ditebus penggunaannya juga di laman web Malaysia Airlines sahaja. Pemegang pas ini tidak lagi perlu membayar harga tiket apabila menempah penerbangan, tetapi masih perlu membayar perkara lain seperti cukai penerbangan.

Setiap pas hanya boleh digunakan untuk diri sendiri sahaja. Ahli Enrich tidak boleh membeli pas untuk orang lain. Pas ini sah selama 365 hari dari tarikh pembelian dan wang tidak akan dikembalikan selepas pembelian dibuat.

Pemegang pas juga perlu menyediakan sebarang dokumen berkaitan penerbangan seperti kebenaran rentas negeri jika perlu. Semua penumpang perlu mematuhi semua peraturan penerbangan yang telah ditetapkan.

Untuk maklumat lanjut mengenai MHFlyPass, layari laman web MHMall Malaysia Airlines.

Tags: enrichMalaysia AirlinesMASMHflypassMHflypass Malaysia
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
MAS perkenal MHFlyPass, pas untuk terbang sehingga 6x setahun tanpa sekatan tarikh

MAS perkenal MHFlyPass, pas untuk terbang sehingga 6x setahun tanpa sekatan tarikh

19 April 2021
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN